Wednesday, February 29, 2012

sepandai-pandai aku melompat, akhirnya... jatuh ke tangan pak guard jua.. huhuhu

assalamualaikum....

hai semua, how are you today? moga-moga sihat sahaja. aku? diserang penyakit demam, selsema dan sakit tekak. walaupun sakit tapi tidak mematahkan semangat aku nak pergi bank in duit & tambah subjek. banyak betul dugaan aku hari ini.

pertama, aku nak pergi pejabat pos tapi pakcik tu tak nak berhenti kat situ, aku cakap lah nak berhenti dekat KTM baru dia bagi naik, siap banyak soal lagi, nak pergi KTM buat apa. mind of your bussiness, uncle! nak je aku cakap gitu kalau rasa hormat aku terhadap orang dewasa dah tak ada. dengan pelajar lain pun dia cakap benda yang sama, dah budak tu pilih untuk jalan kaki. jauh kot. dah sampai KTM aku dan roomate aku pun terkedek-kedek jalan kai pergi pejabat pos. xda lah jauh sangat pun tapi agak baik sikit daripada jalan kaki dari kampus tuh...

kedua, aku nak masukan duit guna ASNB kat pejabat pos, dah ambil nombor & tunggu, lastly tak boleh buat, miss tu cakap tak boleh masukan duit kat ASNB kalau tak ada buku bank. dah miss tu suruh pergi CIMB bank. dah jalan kaki menuju ke pekan.. letih naik jejantas. kesian roomate aku.huhuhu dia yang temankan aku tadi. kuruslah dia. hehehe

ketiga, setibanya di CIMB bank, dh siap ambil nombor, tunggu punya tunggu tak boleh juga bank in. sebabnya line tak ada katanya. miss tu suruh aku pergi MAYBANK pulak.. erghhhh!!! ingat aku tak ada kije ke nak pergi balik macam tuh, lastly, aku decide aku bank in kat BSN je, tak ada ye nak pening-pening kepala.huhuhu.. mission pertama selesai.

keempat, dah sampai kampus kitaorang pergi ambil slip keputusan, dah tu pergi lah beli makanan kat luar. nasi kukus.. sedap...... hehehe aku dan linda ambil keputusan nak makan kat dalam kampus, jalan punya jalan, pak guard tahan kami berdua atas kesalahan kami berdua pakai sandal dan aku pula pakai jeans. baru aku tahu pemakaian jeans ke kampus sekarang ni adalah dilarang sama sekali. hampeh!!! sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua... huhuhu tapi nasib baik cuma warning letter, kalau denda habis melayang duit aku gitu aje kan? hah!! padan muka ko paey, lain kali jangan nak gatai pakai jeans, okay. kalau ko pakai jeans, jin nak pakai ape? huhuuhu...

ni dia warning letter.. padan muka aku
atas kesalahan pakai seluar jeans. lain kali jangan pakai tau..
hehehe
kelima, urusan seterusnya ialah tambah jam kredit. aku pergilah cari ayah aku rupanya dia tak ada kaitan dengan UPSI ni, cari Ketua Jabatan pun tak ada & cari lecturer pun tak ada. sia-sia sahaja usaha aku dan rakan-rakan datang kampus. kalau tak, mesti tak kena tahan dengan guard kan2.. hehe

jadi, the moral of the story:
- jangan pakai jeans pergi kampus
- jangan pakai sandal dalam kampus
- jangan hilang sabar
- jangan lupa call lecturer dulu sebelum jumpa
- jangan nak tambah subjek lambat-lambat

p/s:
tepuk dada, tanya hati, guna akal fikiran anda
wassalam. 


2 comments:

  1. yunk, aku pn kena saman semalam....letak moto kat bawah bangunan e-learning...nk tunjuk surat saman kat blog tp gmbr x leh upload...dia tulis kat situ saman x melebihi rm 50...upsi ni keje nk saman jer...bp kena yunk?

    ReplyDelete
  2. hehe sy xkena saman lah yunk cume warning letter je. sentap aku. huhuhu kalau x melayang duit aku x tentu hala..huhuhu

    ReplyDelete