Wednesday, February 29, 2012

sepandai-pandai aku melompat, akhirnya... jatuh ke tangan pak guard jua.. huhuhu

assalamualaikum....

hai semua, how are you today? moga-moga sihat sahaja. aku? diserang penyakit demam, selsema dan sakit tekak. walaupun sakit tapi tidak mematahkan semangat aku nak pergi bank in duit & tambah subjek. banyak betul dugaan aku hari ini.

pertama, aku nak pergi pejabat pos tapi pakcik tu tak nak berhenti kat situ, aku cakap lah nak berhenti dekat KTM baru dia bagi naik, siap banyak soal lagi, nak pergi KTM buat apa. mind of your bussiness, uncle! nak je aku cakap gitu kalau rasa hormat aku terhadap orang dewasa dah tak ada. dengan pelajar lain pun dia cakap benda yang sama, dah budak tu pilih untuk jalan kaki. jauh kot. dah sampai KTM aku dan roomate aku pun terkedek-kedek jalan kai pergi pejabat pos. xda lah jauh sangat pun tapi agak baik sikit daripada jalan kaki dari kampus tuh...

kedua, aku nak masukan duit guna ASNB kat pejabat pos, dah ambil nombor & tunggu, lastly tak boleh buat, miss tu cakap tak boleh masukan duit kat ASNB kalau tak ada buku bank. dah miss tu suruh pergi CIMB bank. dah jalan kaki menuju ke pekan.. letih naik jejantas. kesian roomate aku.huhuhu dia yang temankan aku tadi. kuruslah dia. hehehe

ketiga, setibanya di CIMB bank, dh siap ambil nombor, tunggu punya tunggu tak boleh juga bank in. sebabnya line tak ada katanya. miss tu suruh aku pergi MAYBANK pulak.. erghhhh!!! ingat aku tak ada kije ke nak pergi balik macam tuh, lastly, aku decide aku bank in kat BSN je, tak ada ye nak pening-pening kepala.huhuhu.. mission pertama selesai.

keempat, dah sampai kampus kitaorang pergi ambil slip keputusan, dah tu pergi lah beli makanan kat luar. nasi kukus.. sedap...... hehehe aku dan linda ambil keputusan nak makan kat dalam kampus, jalan punya jalan, pak guard tahan kami berdua atas kesalahan kami berdua pakai sandal dan aku pula pakai jeans. baru aku tahu pemakaian jeans ke kampus sekarang ni adalah dilarang sama sekali. hampeh!!! sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua... huhuhu tapi nasib baik cuma warning letter, kalau denda habis melayang duit aku gitu aje kan? hah!! padan muka ko paey, lain kali jangan nak gatai pakai jeans, okay. kalau ko pakai jeans, jin nak pakai ape? huhuuhu...

ni dia warning letter.. padan muka aku
atas kesalahan pakai seluar jeans. lain kali jangan pakai tau..
hehehe
kelima, urusan seterusnya ialah tambah jam kredit. aku pergilah cari ayah aku rupanya dia tak ada kaitan dengan UPSI ni, cari Ketua Jabatan pun tak ada & cari lecturer pun tak ada. sia-sia sahaja usaha aku dan rakan-rakan datang kampus. kalau tak, mesti tak kena tahan dengan guard kan2.. hehe

jadi, the moral of the story:
- jangan pakai jeans pergi kampus
- jangan pakai sandal dalam kampus
- jangan hilang sabar
- jangan lupa call lecturer dulu sebelum jumpa
- jangan nak tambah subjek lambat-lambat

p/s:
tepuk dada, tanya hati, guna akal fikiran anda
wassalam. 


Monday, February 27, 2012

berat mata korang memandang, berat lagi bahu aku yang memikulnya... (=_=)

assalamualaikum...

tahun 2012 merupakan tahun yang mencabar buat diri aku yang bergelar mahasiswi pendidikan. aku terpakasa mencabar diri aku sendiri untuk menjadi yang lebih baik, untuk mendidik anak bangsa aku sendiri selain memberanikan diri aku untuk bercakap dikhalayak ramai. aku sedar aku bukanlah petah berkata-kata seperti pengacara di kaca televisyen. aku sekadar hamba Allah SWT yang baru belajar untuk berhadapan dengan orang lain. aku sedar sebagai bakal pendidik aku tidak seharusnya berasa malu untuk mengeluarkan kata-kata, untuk melontarkan hujah-hujah dan fakta-fakta benar untuk tatapan bakal pelajar aku nanti. seharusnya aku berani. benar... aku perlu mengumpulkan kekuatan, membuang jauh-jauh segala yang rasa malu dan rendah diri. aku yakin ya Allah.. aku mampu lakukan yang terbaik nanti.

tahun ini juga aku bakal menjadi guru pelatih di salah sebuah sekolah. aku perlu mengajar dan mendidik anak bangsa. oleh yang demikian, aku perlu bersiap sedia mental dan fizikal untuk harungi semua ini. semester 6 ni aku kena buat micro-teaching sebagai persediaan sebelum aku menjadi guru pelatih.. errgghhhhh takutnya... huhu. apa pun aku akan buat yang terbaik. 

kelas yang paling aku gerun semester ni ialah kelas isu-isu antarabangsa. nak tahu sebab apa. ramai senior mengulang subjek ni. macam mana dengan keadaan aku nanti ye. mampu ke aku? mudah-mudahan aku mampu buat yang terbaik. aku nak ulangi kejayaan semester lepas. aku nak buat my parent happy. senyuman dorang mampu buat aku tersenyum bahagia. i miss them so much. i love u mak... i love u abah... muuahhhh.

miss my emak & my abah so badly.... (+_=)
hopefully aku mampu buat yang terbaik dan selesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. aku tahu aku akan sibuk sangat tahun. tuhan... bagi aku kekuatan untuk hadapi semua ini. jadikan aku insan yang berjaya di dunia dan akhirat kelak. amin. buat sahabat yang lain, semoga kita sama-sama berjaya habiskan pengajian ya. lagi setahun je lagi.. keep it up okay.. wassalam.

Saturday, February 25, 2012

hang out with buddies...

assalamualaikum...

dah masuk tahun 3 kat UPSI baru kali pertama aku & buddies aku keluar sama-sama di sekitar Kuala Lumpur walaupun perjalanan antara UPSI ke Kuala Lumpur hanya memakan masa selama 1 jam sahaja. nak buat macam mana, buat apa yang lebih penting.. memandangkan lagi setahun je belajar, so we decided to hang out together before the graduation. adik ikah & adik shuhada juga hang out bersama. dorang dok belajar kat UKM. Jadi suasana jadi makin meriah dan happy sangat2. 

masa bershopping memang seronok walaupun memenatkan. naik lenguh kaki berjalan. mana tak ya, rambang mata tengok barang-barang murah,.hehehe pergi SOGO, Maiden Superstore, Jalan Masjid India, Jalan TAR & so on..

banyak juga lah belanja tapi hanya keperluan sahaja, nanti akhir semester kopak pulak.huhuhu.. harga yang dorang tawarkan agak berpatutan lah. sesuai untuk penduduk kota menghabiskan duit termasuk aku..huhuhu.. program tawar-menawar juga dijalankan untuk dapatkan harga sesuai dengan barang yang dibeli. memandangkan cuaca panas dan hujan sekejap je, jadi teramat sesuailah untuk warga kota keluar beramai-ramai untuk membeli belah dan menghitamkan. sesak sampai nak jalan pun susah tahu.. hehe..

banyak juga lah aku belanja semalam. 
antaranya, kasut (RM 20 je), seluar (RM 55 tapi dapat RM 50 sepasang), alat tulis dan buku (habiskan baucer 1 Malaysia tu..hehehe), pastu beli baju blouse sama warna / seragam untuk kami berempat..hehehe (RM 15 sahaja tahu, kalau kat kedai biasa agaknya cecah RM 35 kot). tapi yang best ye lagi, lepas penat berjalan, kami melepak bersama di Mc D. aku apa lagi, balun "HOT SPICEY DOUBLE CHICKEN MAC DELUXE"..huhu kenyang gile tahu. kuat juga aku makan kan2.huhu gemuk dah aku.huhuhu... 

lepas makan window shopping lagi, shopping punya shopping jumpa kawan UPSI juga. memang ramai yang turun semalam.. ada yang shopping, ada yang dating and so on.. dah penat aku berasak-asak dan menghabiskan duit, tepat jam 7.30 malam kami-kami bergerak pulang ke tempat masing.

namun pengakhirannya bukan begini.. ada sedikit bingkisan buat kalian semua. 
cekidaout!!!!















hah!!! dah habis dah cuci mata? jadi setakat ini jelah coretan tak berapa nak best dari aku. moga kita berjumpa lagi.. wassalam.. 

Thursday, February 23, 2012

suasana sunyi bak pekat malam....

assalamualaikum...
tanpa aku sedari, dunia di sekeliling aku begitu sunyi. kenapa? aku pun tak pasti. kawan-kawan aku pun merasa benda yang sama. mungkin salah satunya tanpa mas di sisi kami sekarang ni. sunyi lah tanpa kamu Masturah Md Ali. meh lah duduk rumah kami lagi... huhuhu 

semester ni pulak makin mencabar buat diri aku dan sahabat. micro-teaching, macro-teaching dan praktikal untuk tahun 2012 ni. aku rasa takut sangat. mungkin betul kata kawan aku "tak semua guru menjadi seorang pendidik kan" oohhh... aku ke salah satunya???

aku takut macam ko lah garfield..huhuhu
entahlah.. moga Allah SWT berikan aku kekuatan yang sepenuhnya untuk jalani liku-liku hidup yang makin sukar dan mencabar ni. moga aku terdorong ke arah kebenaran. Amin Ya Allah. wassalam..

Wednesday, February 22, 2012

bintang aku

apa itu bintang? 

Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. cahaya bintang terhasil daripada tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang elektromagnet dan tenaga. permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk nebula.
(aku buat-buat faham.. korang faham tak?)
Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlakunya pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba dan cahaya.
Sumber Wikipedia

indahnya bintang dikala malam.. 

Pada aku.....
Bintang ibarat penghias dunia yang paling cantik. tiap malam ia akan menerangi  dan menghiasi langit. sinarannya membuatkan aku ceria dan mampu tersenyum... 

Kenapa bintang? 
Aku menanti dan akan menanti seseorang yang sama fungsinya seperti bintang yang bakal menyinari hidup aku. aku sudah mempunyai satu bintang iaitu agama aku, aku perlukan bintang yang lain untuk bantu aku jalani hidup ni... yang mampu terangi aku dengan kebahagiaan, dengan kesabaran dan yang pasti mampu dorong aku menjadi yang lebih baik. hidup aku bukanlah sempurna dan seindah yang aku impikan namun aku redha kalau itu adalah takdir aku. aku tahu apa berlaku sekarang ni adalah rentetan keputusan yang aku buat pada masa lalu... bak kata orang
"sesal dahulu pendapatan; sesal kemudian tidak berguna

Sebagai manusia biasa, aku juga pernah menyesali apa yang berlaku dalam hidup aku, aku juga pernah menyalahi takdir tapi aku tahu semua yang berlaku sudah ditentukan sejak azali lagi dan aku tak mampu nak menolak setiap perkara yang berlaku. aku hanya mampu berserah dan berdoa agar setiap hari kehidupanku menjadi lebih baik. moga-moga apa yang aku harapkan mnjadi kenyataan. amin.. wassalam.


aku tak nak lah jadi gini. menunggu insan yang sempurna. aku hanya mencari bintang yang Allah dah sediakan untuk aku... moga bintang itu mampu menyinari kegelapan hidup aku.. amin...

indah dunia tanpa kamu...

assalamualaikum... walaupun aku dah lalui hari-hari tanpa dia, aku sedar betapa indahnya dunia tanpa dia. bukan kerana aku suka hidup tanpa dia tapi sekurang-kurangnya aku tak akan sakiti atau buat dia sedih. mungkin bukan jodoh aku dengan dia. tapi sekurang-kurangnya aku tahu Allah SWT ada untuk aku. aku sedar


apa cuma boleh doakan dia bahagia. mampu memiliki insan yang lebih baik daripada aku. aku sedar sapa diri aku. tidak sesempurna mana. hanya wanita biasa yang masih memerlukan bantuan dan tunjuk ajar tentang kehidupan daripada orang lain. tapi aku rela kalau itu dah ketentuannya kerana aku tahu


jika dia bukan milik aku, aku berserah. moga-moga suatu hari nanti akan tiba juga insan lain yang mampu menyempurnakan kehidupan aku, mampu untuk berada di sisi aku di kala suka dan duka, mampu berdiri teguh di samping aku bila aku memerlukan perlindungan dan yang pasti biarlah dia seseorang yang mampu mendorong aku ke arah kebaikan. moga-moga apa yang aku harapkan dan aku impikan tercapai. amin... wassalam...

Friday, February 17, 2012

sad quote (=_=)

don't talk to me and don't ever look at me
no.. we can't be friends
this little games you have got has to end
you can't flirt with me like its nothing
because you're breaking a heart
my entire world is falling apart
go your own way and i'll go mine
i'm gonna get over you and just give me a little time

and of course we'll meet new people & fall in love again
of course we're gonna hate each other & seek out to hurt each other
but we'll always have a history that wont let us forget about each other
no matter how much we want to
now I see.. why I was the one worth leaving...

Dear Faizah...
of course, you are going to get your heart broken. and it isn't just going to happen once, but a lot. Just remember dear, that just part of growing up, and it makes you stronger. Then you can handle it better next time. You may not get through it yourself, but your friends will help you through it. And you'll be a stronger person because of it. Then one day someone will come along, and it will pay off and no one will break your heart again.

pilu...

assalamualaikum...
hati ini sunyi sangat.. erghhhh... tinggal esok je. lusa dh balik. dia... sunyi menyepi. mara kat aku lagi ke? alah... tak apelah. tak sudi nak buat mcm mana. so faizah. don't be sad just go on with your life. kalau dia jodoh kau yang sebenar-benarnya mesti dia ada untuk engkau kan? dah lah. wassalam

Don't be sad... Allah always by your side
Insya'Allah... Amin,


Tuesday, February 14, 2012

bunga seri pagi

assalamualaikum....
sinar sang suria cantik sangat pagi ni. serinya bak bunga seri pagi..huhuhu actually aku ingat hari ni nak kua tapi memandangkan tiada respon dari si dia, cancel kot.huhuhuhu berbaki 3 hari lagi nak balik tanjung malim. aku tahu cabaran yang lebih mencabar bakal aku hadapi. tahun ni juga aku akan jalani latihan mengajar kat sekolah-sekolah menengah. takot sangat. am I ready to be a good teacher? 

am I???
maksud aku mampu ke aku mendidik pelajar aku, bukan saja mengajar. hurm... moga Allah bantu aku. amin..aku x tahu nk cakap apa lagi. wassalam. 

Sunday, February 12, 2012

like usual.........

Assalamualaikum...
hai semua. apa khabar? moga sihat-sihat selalu di samping keluarga tercinta. aku? memang sihat sentiasa + makin montel kot.. huhuhu minggu-minggu terakhir ni buat aku rasa bahagia sangat. luangkan masa dengan insan tersayang, bergurau senda, ketawa sama-sama dan yang penting kenangan terindah yang tidak mampu aku sendiri lupakan. semalam jalan-jalan cari pasal kat BP Mall, Batu Pahat Johor cuci mata, cari barang, makan ais krim..huhu sedapnya. apa yang penting shyiffa belanja. huhuhu jangan mara. ada lah snap pic skit...

hantu ais krim

si muncung

stay together forever.. insya'Allah

ahad ni dah balik tanjong malim. tak sabar rasanya nak bertemu dengan sahabat di sana, jue, ikah, shuhada, mas, syahira & housemate tercinta, linda. tunggu kepulangan ku kawan. hehe padahal diaorang balik hari yang sama.huhuhu. aku dah tak sabar nak bina pengalaman baru, nak dapat idea dan ilmu baru, lecturer baru, buku baru, PTPTN yang baru (oppsss!!!!) dan yang penting explore semua perkara yang aku tak tahu. 

azam 2012 aku ialah:
  • naikkan PNGS & PNGK aku ke tahap yang membanggakan
  • licence..huhuhu (malunya saya tak ada licence lagi)
  • baik pulih diri ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah. Amin.
  • get marry soon..hahahaha gatai!
moga impian ku terlaksana. tapi kalau bab kahwin tu lambat lagi kot. lau cepat pun syukurlah... mak abah, paey (ehem.. mcm nama lelaki kan.. panggilan dirumah) minta restu ye. doakan kejayaan paey dunia akhirat. sayang mak abah so much. love u!!..
oklah. dah habis idea mencarut sedunia.. tata.. wassalam.. (>_<)


Saturday, February 11, 2012

lalalalalalala

assalamualaikum....

oh!!! my....
hai semua, moga hari anda ceria selalu. dah lama gak x update blog ni. last entry pon hari rabu kn? biasa lah, kehidupan sebagai suri rumahtangga my mom & dad buat aku lupa pasal blog ni. hari demi hari, tanpa aku sedar tinggal seminggu je lagi aku nak balik UPSI. kenapa cepat sangat dong!!! hurm... 1 week? pe yang aku nak buat aek. 1st of all, shopping lah kan & then date. huhu

happy2 gak tapi ada gak yang sedihnya kan. tapi malas lah nak cerita. yang penting take a deep breathe and chill dengan kehidupan aku ni. masalah tolak ketepi, selagi boleh selesai kita selesaikan dengan tenang sebab aku tahu Allah x akan bagi ujian lebih dari kemampuan hambaNya kan? biarlah seribu dugaan pun datang, Insya'Allah ada jalannya..huhuhu 

actually, i miss someone so much, countless... but who? u know, right? mungkin jauh kot. jauh di mata dekat di hati. dekat hati tapi terseksa diri...ayoyoyo, nak wat gano nie. tapi lepas aku baca buku Burhan Sodiq, aku tahu aku kena sabar, sabar tu separuh dari Iman kan. tulisan beliau buat aku sedar, banyak benda lagi yang aku kena ambil tahu, kena tekankan dalam hidup aku ni. berbaloi aku beli buku ni coz i know, i'm not alone anymore. Allah always and always beside me, never let me feel lonely and guide me to the right path. Insya'Allah. moga berkat kehidupan aku. doakan aku yer. wassalam.

which path i'll choose??