Tuesday, January 31, 2012

engkau sememangnya cantik...

Bismilahirrahmanirrahim. Firman Allah SWT bermaksud: 

Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu dan isteri-isteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah SWT adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Ahzab [33]: 59)
Assalamualaikum..

Wanita selalunya dikaitkan sebagai simbol kecantikan. setiap wanita mempunyai kelebihan dan keindahan diri yang tersendiri. namun, kecantikan perlu dijaga mengikut batas-batas yang sudah digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah. apa yang aku tulis ni bukan lah nak tunjuk pandai atau bermegah. aku juga insan dan hamba Allah yang ingin memperbaiki diri. jadi x salahkan aku nak berkongsi apa yang aku dapat daripada buku Burhan Siddiq bertajuk "Inspirasi Cinta Terhebat ; Cinta Terindah Buat yang Mencari Cinta & Mencintai Allah". 

Dalam buku ni beliau menyatakan bahawa setiap wanita perlu memahami konsep berhias dalam Islam. bagaimana cara dan aturannya?? beliau juga kata apabila batas-batas itu difahami oleh wanita, mereka boleh jadikan ia sebagai panduan untuk  berhias; bukannya berpaksikan kiblat Barat tetapi kiblatnya pada Islam dan bagaimana syariat mengaturnya. Encik Burhan Siddiq juga mengariskan beberapa panduan untuk kita renungi bersama:
  • hendaklah memilih cara berhias yang tidak dilarang dalam Islam
  • cara berpakaian tidak menyerupai orang kafir
  • jangan menyerupai lelaki (karakter, fizikal dan cara berpakaian)
  • jangan menggunakan kosmetik yang kekal dan  susah untuk ditanggalkan
  • jangan menggubah ciptaan Allah SWT (cth: buat pembedahan plastik untuk mancungkan hidung yang pesek)
  • jangan membahayakan tubuh badan
  • jangan menggunakan bahan yang boleh menyekat air meresap ke kulit (cth: pewarna rambut)
  • jangan boros (biaya kecantikan menjejaskan pendapatan bulanan. jadi hujung bulan je sengkek..huhuhu)
  • jangan mengambil masa yang lama untuk hias (x kan sampai berjam-jam kan?)
  • jangan bangga diri, sombong dan angkuh dengan kecantikan diri.
Yang mana satu pilihan anda? gaya sederhana dan mengikut batas-batas agama atau sebaliknya? jadi renung-renungkan lah dan selamat beramal... 

Allah SWT berfirman; maksudnya: 

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala terbaik (Syurga) dan tambahannya. Dan mereka tidak ditutupi dengan debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya." 
(Surah Yunus: Ayat 26)
Wassalam.

Monday, January 30, 2012

cita-cita atau matlamat?

assalamualaikum....
sudah berminggu-minggu aku dekat kampung. nak kerja tapi cuma sebulan je cuti, lau lama agak sedaplah boleh jana pendapatan macam cuti2 yang lepas. nak buat macam mana. rezeki x ada. hurm... nak kua berjalan tapi cik abang kesayangan x sihat. nak jenguk tapi takut dia x cukup rehat lak nanti. aku kan suka mengacau orang lain tengah rehat, suka menyakat orang. get well soon, hubby.. (=_=)

x sampai sebulan je lagi nak balik UPSI. menjalani hidup sebagai mahasiswi. azam baru sudah ditanam tapi aku pun xpasti sama ada aku mampu jalani atau x. banyak benda yang aku fikirkan. orang kata x bagus fikir yang bukan2 tapi nak buat macam mana, aku dah terbiasa kan2. nanti lama boleh jadi macam tengkorak benggong ni..

i'm mad..huhuhuhu
aku nak jd macam ni. bawa buku 24 hour..huhuhu mengadap buku je (boleh ke? nanti cerita korea yang ko gila2 kan ..kahkahkah..) macam si ulat berkaki byk ni. rajin sangat. aku asyik malas je. yang rajin cuma makan, tido & main2 je. huhuhuhu

saya sangat rajin.. ko paey? apa cite ni wei...
huhuhu jom rajin2 macam aku ni.. hehe ( kalau betul2 lah
ulat ni cakap macam ni, aku pengsan terus... huhuhu)
tapi yang penting.. aku mesti fokus dan yakin dengan matlamat hidup aku. apa yang aku nak, apa yang aku impikan selama ni mesti jadi kenyataan.. no matter what asalkan halal & dapat keberkataan dari yang maha Esa. my dream list:
  • licences
  • my own car or motorcycle
  • job
  • wedd with someone I love
  • my own "FULLHOUSE" (macam cerita korea tu..)
  • beli apa yang aku nak dengan titik peluh aku sendiri
  • and most important thing is.. kebahagiaan mak & abah aku lah..

walaupun jika ditakdirkan aku x dapat jadi guru, aku nak sambung buat master x pun kerja lah apa pun janji aku tak nak lah menganggur sebab aku tahu semua tu Allah dah tentukan sejak azali lagi. yang penting kita usaha untuk dapatkan apa yang kita impikan dan tawakal. apa yang pasti, aku mesti cuba untuk elakkan diri daripada bergantung dengan orang lain lagi. must be independent okay.. (*_*)... ko kan dah besar. dah boleh fikir kan paey?? (yelah tuh..huhuhu) entahlah.. aku x tahu nak mencarut apa lagi. yang pasti cita-cita didahulukan, masa depan diutamakan..huhuhu.. wasalam.

p/s:
yang mana satu pilihan anda???
ijazah semata2 ataupun ilmu pengetahuan
yang luasnya seperti lautan... fikir2 lah dan
selamat beramal.. (>_<)



Friday, January 27, 2012

beautiful moment with u.... (*_*)

Assalamualaikum..
Sebagai rakyat Malaysia, aku dah jalankan tanggungjawab aku. hehe nak tahu apa dia? aku dah berjaya menghabiskan baucer sebanyak rm 150. dah tinggal rm 50 je. saya nak lagi rm 200 boleh?? hehehe banyak lah cikadak engko paey wei.. smlm, cik abang saya tolong hantarkan.. ehem3.. terima kasih shyiffa. huhu.. yang pasti semalam aku bertungkus lumus dan berjuang untuk mencari buku2 yang berbaloi (memang semua berbaloi pun cuma penting ke x jew, kan3??). hampir sejam lebih juga aku kat dalam kedai tu. mana x nya, nak cukupkan rm 150 punya lah payah. no money back guarantee okay. kalau ada balance, kira terbakar lah duit aku.. hehe lagi2 siap ada diskaun, makin melonjak lah aku. well, korang faham2 lah kan. kalau bab ada sale je aku memang suka. selepas satu jam setengah berlalu akhirnya aku berjaya memperoleh 6 buah buku (2 buah untuk wanie, 1 buah buat shyiffa, 1 buah lagi buat shyiffa's niece and 2 buah lagi untuk aku), CD-R, CD & VCD Storage Pounch, 1 buah album dan 2 batang lolipop.. jom tengok pe yg aku beli...

yang ni wanie punya

dalam ni ada 3 buah buku
hanya untuk aku.. hehehe

dah bertahun aku ngidam nak beli
akhirnya.. hilang kempunan aku..
dapat diskaun lagi tau..
RM 60 jadi RM 38.90 bukan tunai tapi
dengan baucer..huhuhu

untuk kegunaan masa hadapan

thanks popular coz sudi layan kerenah buyer
macam aku ni.. lau dapat baucer lagi aku pergi
tempat ko ae..

resit!! dah beli kenalah simpan ye

hurm.. yang lain2 x dapat nak tunjuk sebab aku dah serahkan kat shyiffa. apa pun aku enjoy berbelanja. walaupun penat tapi best sangat2. lepas shopping buku, kitorang pergi karaoke dekat square one mall. dah lama x berduet bersama. lepas juga rindu di hati.. hehehe (nak termuntah.. walaupun aku yang menulisnya)..huhuhuhu..just chill. okay lah. x tahu nak mencarut apa lagi. chow dulu. wassalam..

Saturday, January 21, 2012

aduhai..


Assalamualaikum.
Biasanya kalau bukan time cuti sudah semestinya, byk entry2 baru yang dikarang, dipuitis (mak aiii!!), diselongkar (macam segmen FUHH!!!) dan sewaktu dengannya di blog sahabat kita untuk tatapan blogger seperti aku. aku dah ketandusan bahan bacaan & gosip2 semasa terutamanya musim2 semester break ni.. hurm, tp yang paling cool & terbaik ialah blog "HARAPAN RAKYAT". setiap kali aku buka blog dea ni ada je entry baru. pasal politik lah, adam adli lah & sewaktu dengannya.. persoalannya, sampai bilakah adam adli mampu menjadi berita hangat di media massa such as blog2, surat khabar & dll?? entahlah.. aku pun x tahu. x ambil kisah langsung. as long as aku dapat tamatkan pengajian aku. lau rezeki lebih dapat kije x pon sambung master kan2.. fuyoo... cita2 tinggi melangit!!! x tahu dapat gapai 2 x? ramai yang menyatakan bahawa apa yang diperjuangkan oleh adam adli tu bagus cuma cara yang digunakan agak tidak bersesuai. "ACADEMIC FREEDOM" yang dilaung2 kan oleh beliau merupakan fenomena baru di UPSI. aku x boleh nak komen lebih2 sebab aku pun x ambil tahu sangat pasal ni. nanti lah aku korek2 okay.

Pasal dunia aku lak. hari ni ramai yang bertandang ke rumah aku. bukan ye orang nak masuk merisik ke meminang ke tapi cuma saudara mara jauh datang bertanya khabar. al maklum lah.. nak mengeratkan lagi silaturahim yang dah sedia terjalin. tinggal si dia saja yang x bertandang lagi. huhuhu... siapa? .............. (>_<). just miss him, that's all..

si dia ni kot?
amboi lidah.. kasi potong!!
oppsss!!! maafkan saya.  =P

Dan dalam seminggu ni juga, aku dengan rasminya menjadi CLEANER terhormat. tukang cuci tanpa gaji. hehe walaupun sebulan, x kira aku nak gak minta duit gaji.. hehe mak... abah... nak duit.. huhuhu [sambil buat muka kesian (=_=).. wink!!!3]. oklah.. aku dah blurr. x tahu nak kecek gapo lagi lohni. so buat kalian semua, selamat bercuti and have a nice day. wassalam..

p/s:
ooopppss!!! saya terlupa. maafkan saya. 
selamat menyambut tahun baru cina. 
GONG XI FAT CAI.... 


warna merah manyak oonggg!!!
kepercayaan kaum Cina. 




Thursday, January 19, 2012

Alhamdulillah... thank you Allah

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..itu je yang mampu aku ucapkan pada saat ini.. 

syukur ya Allah...

Alhamdulillah...Allah masih lagi bagi aku kesempatan untuk hirup udara segar di bumi-Nya. dan syukur juga aku panjatkan coz Allah telah memberikan kesembuhan kepada shuhada. walaupun bukannya 100% tapi sekurang-kurangnya dia dah dipindahkan ke wad biasa. apa yang aku leh buat seperti sahabat2 yang lain iaitu mendoakannya supaya dia cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala dalam tempoh sebulan ni. hanya doa yang mampu aku dan saha bat yang lain kirimkan..

alhamdulillah juga, Allah masih sayangkan aku. walaupun hampir tiap hari macam2 dugaan menimpa aku tetap yakin yang Allah x kan bagi dugaan yang hamba dia x mampu harungi. biarpun badai melanda aku tetap pasrah. aku cuma leh berdoa.

buat insan tersayang, saya ikhlas terima semua tentang awak seadanya. x perlu ragu2. pe yang ada di hati saya hanya Allah sahaja yang tahu. 

buat sahabat, aku rindu kalian semua, suka duka.. moga kita berjumpa lagi selepas sebulan ni. wassalam...

Monday, January 16, 2012

SELAMAT TINGGAL SEMESTER 5

assalamualaikum....
hoorrraaaaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!! 

amboi, x agak2 suka nya...
yang ni sopan sikit.. i like!!!
exam dah habis. that's mean, tamatlah sudah semester 5 yang penuh dengan pancaroba ini. pancaroba lah sangat padahal ko tu faizah yang malas bebenor ye.. huhuhu xsabar rasa nya mahu pulang ke kampung halaman, bak kata orang tua2 (agaknya lah); " roh dah ada kat kampung, badan je masih ada kat kolej kesayangan ni'.. hehehe apa pon aku happy sangat sebab semester ni berakhir dengan selamat dan jayanya. sebabnya kurang dugaan berat yang aku tanggung semester ni. agaknya lah.

tapi tahun depan..hurm.. x tahu lah. x sampai setahun je lagi nak praktikal.. sudah bersedia kah aku??? ayoyoyo... saya ingin jadi guru yang berjaya.. mampukah saya? tepuklah dada, tanya hati, ketuk iman anda.. olo.. mcm mana ni? emak.. abah.. tolong!! huhuhu.. 

anyway, mcm biasa lah kitorang ambil gambar buat kenangan, lagi2 lepas ni kitorang nak berpisah dah.. just take a look and enjoy it yeah....

cik shuhada & cik shalinda

saya & cik atikah

cik shuhada lagi, cik salinda
lagi & cik jue majid

kami berlima bersahabat hingga ke
Jannah, Insya'Allah.....
aku kurang kije.. memang pon

kat SITC

tinggi sangat kan kami???

cik jue majid & cik shalinda
kenangan 2011/2012 tetap dalam ingatan, buat sahabat selamat bercuti ye. jangan nakal2. after 1 month kita jumpa lagi k. semoga kita dapat PNGK yang terbaik 4 this semester.  amin, Ya Allah.. buat shalinda dan shuhada, semoga selamat pergi dan pulang... buat cik masturah, baik2 noh dok sorang2 kat umah ni. kalau takot panggil pak cik Kamal or pakcik Koboi temankan ae.. xpon tiak je pak cik kat bawah tuh..huhuhu (*_*). sampai disini sahaja, salah silap harap maafkan. wassalam.

p/s: saya nak balik kampung esok. nak jumpa insan2 tercinta. doakan saya selamat pulang dan kembali ke campus. (=_=)

senyum seindah suria..




Sunday, January 15, 2012

AUTUMN DALAM HATI AKU

assalamualaikum...
walaupun sekarang ni aku dalam mood exam, namun penangan korea masih lagi pilihan utama & kegilaan aku dan roomate aku, cik shalinda... autumn in my heart.

autumn in my heart... (>_<)

drama 16 episode yang sangat touchin' lah.. why? hampir semua babak yang ditayangkan mengeluarkan air mata. walaupun drama ni dah lama tapi xpernah pon aku jenguk walaupun satu episode. si minah shalinda ni lah yang heret aku. hehehe 
monolog dalaman:
(padahal dengan kerelaan hati nak tengok. siap suruh cik akak tu buka pai habis episode...huhuhu maaf ye cik shalinda)

autumn dah habis. tapi buku bimbingan dan penasihatan x habis2. mcm mana ni. esok petang dah exam. main2 ae ko faizah. aku bagi penampar nak? huhuhu. aceceh... sedap nak penampar diri sendiri. korang pernah buat x? lau pernah apa rasa? whatever lah faizah oiii.. janji ko x menangis nak jawab exam esok. (=_=). 

esok paper last. that's mean, hari selasa dah boleh balik kampung... oooooo balik kampung. kenapa aku excited nak balik kampung? nak beli arnab. yeah. nak jadikan binatang peliharaan. aku suka. kalau kat sini arnab felo yang aku dok kejar tapi dea x nak kat aku..huhuhu.. encik abang kate nak belikan tapi x tahu jadi ke x. lau dea x nak belikan, i'll buy it by myself. simple right?? hehehe

hai.. saya si arnab. comel x saya??
ni bukan aku punya.
ni aku rembat kat google image.
aku punya coming soon.. hehehe
apa pun. wish me luck 4 exam esok. insya'allah akan buat yang terbaik. sebenarnya buku dah siap belek tapi x tahu lah masuk kepala ke x. just wait and see esok yea.. buat encik abang, sila sediakan wang anda untuk beli arnab saya. boleh x? (sambil buat muka sweet) amboi.. sweet lah sangat! huhuhu.. buat buddies, selamat  menjawab exam esok yeah.. wassalam...

Friday, January 13, 2012

OST OMBAK RINDU


Raut wajah...Mendamaikan
Dan sesuci... Selembut hatimu
Sinar mata... Mempersona
Bagai gugur seluruh jantungku

Aku ingin engkau tahu...
Cinta aku satu
Tercipta buat dirimu...
Hanya... Untuk kamu

Huu... Huu... Huu
Huu... Huu... Huu

Aku ingin engkau tahu...
Cinta aku satu
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu

By: Hafiz
comment:
sedap didengar, senang dihafal, mudah difahami & maksud yang sangat mendalam.

konklusi:
mesej berjaya disampaikan... (>_<)

kite dah tengok..hehehe tumbs up!!!!!

Thursday, January 12, 2012

maaf (>_<)


assalamualaikum awak.. maafkan saya, saya x sengaja nak mara-mara awak macam tu. saya tertekan. saya tahu saya dah lukai hati awak. saya tahu awak banyak bersabar dengan saya. tapi saya geram bila pandangan saya ditolak mentah-mentah. awak paham saya kan. saya tahu awak....


saya minta maaf. dah lukai hati awak. saya sedar lau awak terluka, saya pun turut merasa. no wonder i cried a lot last night, all because of you. anyway thanks pa coz forgave me.. awak tahu x, bersyukur nya saya awak ada di sisi. walaupun i'm not good and kind enough, tapi saya bersyukur sangat Allah SWT temukan awak kepada saya. may Allah SWT be with us pa. amin. wassalam..

bersantai dikala malam...

assalamualaikum...
senang hati.. sebab ape? coz perut sudah terisi. huhuhu malam ni we all decide nak makan lua kat restoran apa entah nama nya. menu malam ni, nasi goreng sotong pedas, telur dadar & apple juice. housemate lak dok melantak kuew tiaw tom yam, tom yam campur, chi kong, sunquick dan milo ais. sambil makan sambil candid, mcm biasa lah.. check this out......

cik shuhada dan cik ikah
besar mata cik ikah

bersama cik shalinda

kije tarak....

santai dikala malam menjelma
padahal dok tunggu kereta sampai.. huhuhu

cik shalinda dan unni masturah
thanks to tukang masak coz susah-susah masakkan menu tok kitorang, tp memang patut lah coz kena bayar kan. thanks to abang sewa kereta coz bagi kami guna selama dua jam, for unni masturah, thanks to you coz sudi jadi pemandu terhormat kitorang malam ni. no matter what happen, we all had a good time together. x gitu???. lagipon entah bila lagi leh hang out camni lagi.. walau bagaimanapun, semester 5 sudah berakhir, semester 6 bakal menanti.. wassalam......

Tuesday, January 10, 2012

Terima Kasih Malaysia

assalamualaikum semua..
sebagai mahasiswi dan para pelajar sekolah sudah semestinya bertuah pada tahun ni coz dapat bantuan daripada kerajaan Malaysia berupa:

Vaucer RM 200 bagi mahasiswa/i IPTA/IPTS

RM 100 bagi pelajar2 Sekolah Rendah & Menengah
untunglah!!
korang yang dh kerja ada? xda kan? hehehe. actually, aku nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia sebab masukkan bantuan pendidikan dalam bajet 2012. sekurang-kurangnya dapatlah membantu para ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membeli buku-buku tambahan buat anak-anak mereka. bagi golongan yang terlebih kemampuan tu aku xpasti lah sama ada bantuan macam ni diorang perlukan atau x. tapi apa pun aku respect lah, bantuan macam ni diberikan kepada seluruh pelajar-pelajar di Malaysia x kira berlainan bangsa, agama atau ideologi. semua diberi sama rata.

Lagi satu usaha kerajaan dalam tahun 2012 ni, bantuan isi rumah bagi keluarga miskin, warga emas, ibu tunggal dan sewaktu dengannya berjumlah RM500. Bajet 2012? pada pandangan aku, ia merupakan salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia untuk menuju ke arah negara maju. walaupun kita x tahu sama ada bantuan seperti di atas akan dikekalkan dalam pelan kerajaan atau tidak tapi sekurang-kurangnya ia menunjukkan sikap kerajaan peka terhadap masyarakat; bak kata Dato, Seri Najib bin Haji Abdul Razak.. rakyat didahulukan; pencapaian diutamakan.. 1 Malaysia, slogan transformasi beliau bagi membentuk Malaysia ke arah negara maju. berikut adalah kriteria-kriteria untuk memohon bantuan di atas:


Bajet 2012, Bantuan Khas Kerajaan Malaysia

Contoh: rm 500  bagi setiap isi rumah yang layak

Borang Permohonan Bantuan Khas


Berikut merupakan syarat kelayakan memohon bantuan khas kerajaan bernilai RM 500.

Tapi aku rasa sekarang ni dah x valid kot. dah tamat tempoh. apa pun kepada yang memohon semoga berjaya okay. bantuan yang diberikan oleh kerajaan gunalah sebaik mungkin.. wassalam.



Monday, January 9, 2012

examination week...(=_=)

assalamualaikum..
sekarang ni tengah minggu exam.. alhamdulillah, dua kertas dah selesai aku jawab. tinggal lagi 2 je lagi kertas; perlembagaan malaysia & bimbingan dan penasihatan.. hati aku? sudah semestinya takot & gementar nak jawab exam. walaupun bukan kali pertama aku jawab exam tapi entah kenapa semester ni rasa lain mcm. mampu ke aku jawab dengan baik? mampu ke aku naikkan PNGK aku tok semester ni? bukan nak pandang rendah pada diri sendiri tapi makin lama makin banyak cabaran yang terpaksa aku tanggung. tapi dah jadi adat dan rencam kehidupan kan. lau x ada masalah & cabaran kehidupan ni x akan ada makna, x akan akan  sinarnya bukan?? acececehhh.. melalut aku.. moga2 aku dapat jawab suma ye dengan baik & sempurna. x lupa juga tok sahabat tersayang.. good luck okay, moga2 kita dapat capai kejayaan bersama-sama. hah, nilah buku2 yang aku dok menelaah..hehehe

rajin x saya?? huhuhuuhu

walaupun baru seminggu aku duduk kat kolej ni, rasa nya mcm dh lama. aku rindukan suasana di kampung halaman. walaupun kampung aku bukan kampung tercantik di dunia tapi aku bangga dengan kampung aku; kampung sungai nibong. hehe, nak tahu kenapa? sebabnya... rahsia. selain kampung, sudah semestinya aku rindu kan family aku, mak, abah, angah, ayu & wani.. dorang tengah buat apa ya? mesti tengah tengok tv x pon dok makan nasi.. gosh!!! miss them so much. x lupa gak, buat buah hati tersayang, Mr Chypa.. rindu sgt sama kamu, jumpa minggu hadapan di rumah saya okay, i'll cook something delicious for you, but promise me something, makan je ae tapi jangan dok comment.. hehe..

pape pun i hope sume ye akan berjalan dengan lancar. moga2 sume yang berlaku dalam dunia aku ni sentiasa ceria selalu.. wassalam.

Saturday, January 7, 2012

dunia 2012 menjelma, selamat tinggal 2011

assalamualaikum
suka duka 2011 dah pergi buat selamanya. hanya yang tersimpan cuma kenangan yang akan kekal abadi hingga ke akhir hayat. moga apa yang berlaku dalam dunia aku yang lalu menjadi iktibar dan tauladan buat diri aku. aku cuma insan yang lemah disisinya. masih dan akan sentiasa memperbaiki kehidupan yang sedia ada ni. tahun 2012 sudah menjelma. apa yang aku harapkan, aku mampu jadi orang yang berjaya dan  buat insan-insan yang aku sayang bahagia dengan apa yang aku raih. berbaki setahun lebih lagi, aku bakal menamatkan pengajian aku. moga-moga aku dapat apa yang aku mahukan. amin..buat sahabat, mungkin tak terlalu lewat untuk aku ucapkan selamat tahun baru buat kalian. tanamkan azam baru dan kejar azam yang belum sempat dicapai pada tahun lepas. anyway, good luck tok exam kali ni okay. wassalam.

cebisan tahun 2011. tinggal kenangan

pwtc
nice post kan
my buddies
nampak tua tak?
with roomate, miss shalinda
love u all
marina cove beach resort
just laugh
program jalinan kasih, SRN
bang!!!!
si comel dalam dunia aku
3 dara
........................
kurang kerja
manis tak kitaorang??
the end of the programme
miss shuhada & miss atikah

miss purple & miss chocolate