Friday, March 23, 2012

makin tua makin serabut, makin berumur makin besar tanggungjawab.. itulah aku..huhuhu

assalamualaikum
dah sekian lama menyepi, akhirnya kau kuatkan juga kudrat nak tatap blog aku yang hampir bersawang dengan spiderman punya sarang. huhu sibuk sangat-sangat dengan macam-macam aktiviti. sampai tak menang tangan pun ada. 

tahun ni cukup berat untuk aku. mane tak ye. banyak benda besar bakal berlaku dalam hidup aku iaitu praktikal & buat latihan ilmiah. aku tengah serabut nak pikirkan 3 topik nak submit kat lecturer minggu depan. aku nak buat tajuk ape aek?? ramai juga kawan & sahabat seperjuangan mengutarakan tajuk tesis masing-masing kat lecturer, ada yang dapat lampu hijau ada yang dapat lampu kuning dan setakat ni tak ada pula yang dapat lampu merah. kalau lampu kuning tu kenalah murnikan lagi tajuk tu. aku? aku tak tahu akan berada di posisi yang mana. merah? kuning? atau hijau? yang mana satu... pilihan kalbu.. acecechh.. nak melalak pulak aku ni.

hah!! macam nilah rupanya trafic light tu. nasib baik
tak dapat lampu merah..huhuhuhu


pening berjuta-juta kali pening kepala aku dibuatnya. dengan tesis ye, praktikum, proposal, assignment, mengajar kat sekolah isnin depan and so on... alamak!!! aku lupa la. baru aku ingat. aku kena jadi cikgu selama 40 minit je kat SMK KUALA KUBU BARU. mengajar tingkatan 6 kot. ni bukan saja-saja nak mengatal pergi sekolah nak mengajar ikot suka, sekadar memenuhi syarat bagi kursus KPD3026 iaitu PENGAJARAN, PENYELIDIKAN & TEKNOLOGI II dibawah ajaran DR. AMIR. kiranya assignment aku lah kan. takot la sebab ada pro & kontra nak ngajar budak tingkatan 6 ni. kita xboleh nak layan depa macam budak-budak sebab mereka2 ni sudah layak kalau nak jadi mak & bapak kepada budak.,huhuhu tu yang lecturer aku cakap. kaedah yang digunakan kenalah sesuai dengan persekitaran mereka..huhuhu hehe saya nak jadi cikgu pengajian am rupanya...huhuhu.. bersedialah paey oiii... sekurang-kurangnya ko ada pengalaman nak mengajar anak orang sebelum praktikum nanti. 

*monolog dalaman: 
takot nye nak ngajar anak orang, 
silap ajar sesat sampai ke tiang lahad lah jawabnya. (+_+) 

rasanya, cukup setakat ini aku nak berceloteh, aku nak sambung buat kije aku. apa pun doakan aku okay. moga-moga aku mampu menjadi pendidik yang baik. amin. wassalam... 


Sunday, March 11, 2012

ceritera duka



assalamualaikum
kadangkala hati yang terluka lagi dalam parutnya, lebih pedih rasanya berbanding luka di luaran. ya, mungkin aku seorang yang agak kasar jika dibandingkan kamu semua, tapi aku sedar sekeras-keras mahkluk tuhan macam aku pun mampu terasa, mampu terluka macam kamu semua, cuma bezanya aku tak mampu nak luahkan apa yang aku rasa melalui kata-kata. aku tak bijak berkata-kata seperti kalian. mungkin kalian tidak sedar apa yang berlaku.. biarlah ia menjadi rahsia tuhan. sesungguhnya aku kecewa & sedih sangat-sangat. aku bukan insan yang kamu kenal dahulu, i've change a lot. thanks to you. dan aku nak kamu semua tahu...


buanglah kesedihan kau, faizah.. 
tak siapa yang faham apa yang engkau rasa terutamanya sekali dengan pandangan mata kasar. engkau adalah engkau, tak ada sapa yang mampu ubah jika engkau sendiri tak berbuat begitu. just let it be, okay. be strong sebab kebahagiaan akan muncul juga satu hari nanti. tunggulah... amin. wassalam

Friday, March 9, 2012

MYEG TEST VS PRAKTIKUM

assalamualaikum semua...
apa khabar? moga-moga sihat hendaknya, macam aku.. rasanya agak lama juga aku tak menulis kat laman blog aku ni, rasanya dah bersawang kot..huhuhu maklumlah, usia makin meningkat, semester makin bertambah, kerja pula makin menimbun-nimbun.. dah macam gunung everest dah. proposal, assignment, lesen & sewaktu  dengannya...

hah.. hari ini aku ambil MYEG TEST, alhamdulillah keputusan memberangsangkan, syukur sangat-sangat. rasa nak menggila pun ada sebab satu beban dah hilang. tinggal latihan amali 3x & ujian JPJ. takot lah.. minta-minta dipermudahkan segala urusan.. nak tengok aku dapat berapa? 
cekidaout!!!!

agak bangga juga.. penat aku menyelak buku hari2,
naik muak pun ada tahu.. =p
syukur, alhamdulillah
walaupun MYEG TEST dah habis, tapi aku kena fakus untuk assignment aku pula. tak sentuh langsung padahal dah minggu ke-4. nak submit minggu ke-8 dan ke-9.huhuhu sedihnya... tak apa lah.. just berusaha paey, i know u can do it.. 

pasal praktikum pula, aku memang happy & bersyukur sangat sebab dapat buat kat kampung halaman, hilang beban nak fikir pasal rumah sewa, transport, makan & sewaktu dengannya. semua dah tersedia. cuma aku agak terkilan lah, kawan-kawan aku yang lain tak dapat buat kat kampung halaman masing-masing. semuanya telah ditetapkan oleh fakulti masing-masing. aku kiranya bertuah dan memang dah tersurat sebagai rezeki aku.. syukur.. praktikum mula bulan 6 nanti, tapi yang cabaran masa dekat ni ialah, macro-teaching dekat SMK Kuala Kubu Baru selepas cuti sekolah nanti.. mampukah aku??? wassalam

Wednesday, March 7, 2012

bendera jepun naik..huhuhu

assalamualaikum

Penulisan kali ini bukannya berunsur lucah tetapi perkara yang lumrah buat semua yang bergelar wanita. Kaum adam juga perlu tahu tentang perkara ini, nanti bila dah beristeri dan punya anak perempuan tak ada terkejut beruk dan cemas sebab tak tahu nak buat apa.

Kali ni aku nak cerita pasal senggugut sebab aku tengah alaminya sekarang ni. just nak share je..huhu hampir semua wanita yang mengalami sakit semasa haid (senggugut). Walaupun kebanyakan tidak begitu teruk tapi kadang-kadang bila dah sakit sangat, akan menjejaskan kehidupan seharian kita tau. 


ADUH... SAKITNYA..HURM...

Secara fisiologinya, 
semasa haid dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang. ramai dalam kalangan wanita alami senggugut yang keterlaluan sakitnya disebabkan oleh pengeluaran hormon ni secara berlebihan. Kebiasaannya, ia akan menyerang dengan kerap ketika usia remaja dan awal 20-an. Ia juga kerap berlaku kepada mereka yang baru first time kena. so berhati-hati okay, kalau tak tahan sangat jumpa doktor okay.... bagi Primary dysmenorrhoea pula penyakit senggugut yang berlaku pada wanita yang berusia antara 20-24 tahun dan akan hilang selepas satu @ dua selepas imbangan hormon menjadi norman. Secondary dysmenorrhea pula adalah sakit senggugut yang disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi. 

info terkini:

Masalah Organ Reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.
Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.


Sunday, March 4, 2012

duka dikala suka

suka dan duka tu perkara biasa kan? kadang-kadang luaran je bahagia tapi hati yang berduka tak ada sapa pun tahu, tak ada siapa pun peduli & tak ada siapa pun kisah. aku rasa teruk sangat sekarang ni. aku bukan jenis manusia yang bijak luahkan perasaan & kata-kata melalui pertuturan, apa yang aku mampu cuma simpan dalam hati, sampai hati aku remuk, hancur... itu je yang aku mampu. teruk kan? 

dah jadi kebiasaan aku since i am in primary school. jauh dengan keluarga dan adik-beradik buat aku jadi pendiam dan menyimpan rasa. aku hanya mampu luahkan kegembiraan dengan insan yang aku kenali, yang aku rapat... walaupun dulu aku bersendirian, aku tetap rasa perasaan yang sama sekarang ni. aku terlalu rindukan zaman kanak-kanak aku. bebas untuk meneroka dan melakukan apa saja. menjaga anak kesayangan abah yang kuat merajuk dan sentiasa ikot ke mana sahaja abah pergi. tapi aku tahu situasi itu begitu mustahil untuk berulang kembali. apa yang aku mampu buat cuma mengingati kenangan dan kebahagiaan masa lalu... i really need someone right now, bukan sekadar teman untuk bercerita, tapi ibarat ahli keluarga aku sendiri. 


on the way... hurm 


ya tuhan, buangkanlah segala-gala yang aku rasa ni jauh-jauh. aku dah tak betah nak memikirkan dan melayani kehendak perasaan. aku nak mulakan segala-galanya baru. bimbinglah aku tuhan. bantu aku tuhan cause i know, this is the right time for me set up my heart, my ideology & my mind again. please, give me your guidance. amin.

Saturday, March 3, 2012

i love u

cinta
ungkapan indah yang aku ukirkan dalam hati.
bukannya cinta terhadap manusia, rasul dan Allah SWT semata-mata 
tetapi cinta terhadap binatang juga
you know what?

I LOVE CATS A LOT
Kucing (Jawi:کوچيڠ ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar AfrikaFelis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

gatai kucing ni dok bercinta

dari kecil sampai ke tua ni aku suka sangat dengan binatang ni, sampai tidur bersama pun pernah juga
even my mom marah sekalipun, aku nak juga bok sama dengan dia.huhuhu
orang kata kalau kita sayangkan binatang especially kucing, kita dianggap sebagai seorang yang penyayang, ambil berat, sensitif dan sewaktu dengannya. betul ke? aku pun tak berapa nak pasti lah sangat. 

lagi satu... Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis." jadi janganlah anda risau okay,. 

jom kita tengok gambar kucing yang comel-comel:









comel kan? huhu macam saya. tapi ini bukan milik saya. saya punya ada kat rumah..huhuhu oklah. wassalam....

Friday, March 2, 2012

dikala hati mencurahkan kata-kata, akal diam seribu bahasa...

assalamualaikum

buat pertama kalinya aku tak boleh lelapkan mata, aku tak tahu kenapa hari ini aku rindukan orang tua aku sangat-sangat. air mata mula mengalir kat pipi aku. aku ingat kembali saat indah, suka dan duka masa cuti semester lepas. i miss them so much especially my youngest sister, wanie. bila aku susah hati, rasa kecewa, rasa mara... dea lah yang buat aku ketawa, buat aku senyum... aku rindukan dea sangat. telatah dea buat aku ingat perangai aku ketika kecil. abah cakap perangai wanie persis macam aku dulu. aku bahagia bila dapat masakan makanan kegemaran dea, ayam masak merah. cuma tu je je yang aku boleh buat sebelum balik perak. 

wanie

berat hati sebenarnya nak tinggalkan kampung. walaupun perit sekalipun, aku kena pergi juga. setahun lebih lagi untuk aku tamatkan pengajian aku. aku mahu yang terbaik, dan lakukan yang terbaik. tak kira betapa susah dan perit sekalipun aku akan buat juga yang terbaik. tak kira susah mana subjek tu, tegas mana lecturer tu, aku tak kisah. aku nak tamatkan pengajian aku dengan jayanya.

jadi, dengarlah semua...

kesedihan aku, masalah aku, aku biarlah aku pendam sorang-sorang. aku tak perlukan manusia selesaikan sesuatu masalah untuk aku. aku tak akan ceritakan masalah aku dekat mak & abah, adik-beradik aku, sahabat aku even shyiffa sekalipun walaupun kadang-kadang dea boleh rasa sendiri apa yang aku rasa. apa yang aku lalui. biarlah indah-indah belaka difikiran mereka. yang pasti aku tahu diri aku, siapa aku dan apa yang aku mahukan.

aku pasrah. aku yakin ya Tuhan....

aku tahu aku mampu lakukan yang terbaik untuk diri aku. aku cuma nak kecapi kejayaan, nak bawa sinar baru dalam keluarga aku. aku nak buat mak & abah bahagia tanpa ada rasa susah lagi. itu yang aku nak. kesusahan adalah kunci kejayaan aku. tunggulah dunia. akan aku buktikan. 

wassalam

Thursday, March 1, 2012

ko kene reject!!!!

hai..assalamualaikum semua...

hari ini macam biasa lah, pergi kampus untuk selesaikan misi semalam yang tiada kesudahan, nak tahu apa dia? berkejar-kejaran mencari ketua jabatan kita lah,..huhuhu nak minta pengesahan tambah jam kredit. huhu dengan berkeyakinannya aku serahkan lah surat tu. lastly kene reject! huhuhu. nak tahu encik tu kata apa? 

"surat awak ni salah, sepatutnya "kepada" letak di atas surat. lagi satu mana ada letak nama jawatan dulu, sepatutnya letak nama orang tu dulu baru letak nama jawatan. betulkan balik surat tu"

sentap aku masa tu. dah lah urgent. huhuhu terpaksa lah aku terkocoh-kocoh bersama roomate aku perbetulkan balik surat tu. pergilah kat koperasi kat Bitara Siswa tu. dah siap print, tiba-tiba black out!!! nasib baik sempat. huhuhu tapi yang tak best ye, semak punya semak silap pulak. dah kena perbetul semula. aku dah mula panik dah ni. karang KJ lari pulak.huhuu 

aku teruskan misi aku pergi ke cc kat luar kampus. nasib baik tak black out.huhuhu tapi yang bengongnya tuan punya kedai tu. dahlah komputer tak seberapa, siap caj komputer lagi pulak. menda tah.. cuma print je ko. memang dasar cekik darah. aku pulaukan kedai ko lepas ni.haha dah siap print semua, jumpa KJ balik. nasib baik KJ tak lari. dh siap semua dah. thanks KJ sebab tak lari.huhuhu okaylah dah tak ada untuk dicarutkan. aku penat sangat-sangat. wassalam.