Friday, March 23, 2012

makin tua makin serabut, makin berumur makin besar tanggungjawab.. itulah aku..huhuhu

assalamualaikum
dah sekian lama menyepi, akhirnya kau kuatkan juga kudrat nak tatap blog aku yang hampir bersawang dengan spiderman punya sarang. huhu sibuk sangat-sangat dengan macam-macam aktiviti. sampai tak menang tangan pun ada. 

tahun ni cukup berat untuk aku. mane tak ye. banyak benda besar bakal berlaku dalam hidup aku iaitu praktikal & buat latihan ilmiah. aku tengah serabut nak pikirkan 3 topik nak submit kat lecturer minggu depan. aku nak buat tajuk ape aek?? ramai juga kawan & sahabat seperjuangan mengutarakan tajuk tesis masing-masing kat lecturer, ada yang dapat lampu hijau ada yang dapat lampu kuning dan setakat ni tak ada pula yang dapat lampu merah. kalau lampu kuning tu kenalah murnikan lagi tajuk tu. aku? aku tak tahu akan berada di posisi yang mana. merah? kuning? atau hijau? yang mana satu... pilihan kalbu.. acecechh.. nak melalak pulak aku ni.

hah!! macam nilah rupanya trafic light tu. nasib baik
tak dapat lampu merah..huhuhuhu


pening berjuta-juta kali pening kepala aku dibuatnya. dengan tesis ye, praktikum, proposal, assignment, mengajar kat sekolah isnin depan and so on... alamak!!! aku lupa la. baru aku ingat. aku kena jadi cikgu selama 40 minit je kat SMK KUALA KUBU BARU. mengajar tingkatan 6 kot. ni bukan saja-saja nak mengatal pergi sekolah nak mengajar ikot suka, sekadar memenuhi syarat bagi kursus KPD3026 iaitu PENGAJARAN, PENYELIDIKAN & TEKNOLOGI II dibawah ajaran DR. AMIR. kiranya assignment aku lah kan. takot la sebab ada pro & kontra nak ngajar budak tingkatan 6 ni. kita xboleh nak layan depa macam budak-budak sebab mereka2 ni sudah layak kalau nak jadi mak & bapak kepada budak.,huhuhu tu yang lecturer aku cakap. kaedah yang digunakan kenalah sesuai dengan persekitaran mereka..huhuhu hehe saya nak jadi cikgu pengajian am rupanya...huhuhu.. bersedialah paey oiii... sekurang-kurangnya ko ada pengalaman nak mengajar anak orang sebelum praktikum nanti. 

*monolog dalaman: 
takot nye nak ngajar anak orang, 
silap ajar sesat sampai ke tiang lahad lah jawabnya. (+_+) 

rasanya, cukup setakat ini aku nak berceloteh, aku nak sambung buat kije aku. apa pun doakan aku okay. moga-moga aku mampu menjadi pendidik yang baik. amin. wassalam... 


No comments:

Post a Comment