Wednesday, April 18, 2012

selamat hari tua....

assalamualaikum... 
dah lama gak aku x update blog ni. mana x ye busy dengan assignment yg x sudah2. makin lama bukan makin habis tapi makin menimbun adalah... huhuhu tapi insya'allah akan aku siapkan semuanya selagi ada kudrat. amin...

esok... 
hari bersejarah dalam hidup aku. hari lahir aku yang ke-23 tahun. tapi aku rasa sunyi. x tahu kenapa. mungkin sebab dia ada tapi mcm x ada kot. nak buat macamana, redha jela kan3. moga2 selepas ni aku mampu bersikap lebih matang dan sentiasa ceria walaupun macam2 dah berlaku. anyway:


dan mulai esok... 
aku nak mulakan hidup baru. nak tebus pe yang aku buang @ sia-siakan selama ini. aku nk berubah cuma aku x ada kekuatan lagi untuk ke arah itu. aku perlukan seseorang untuk bantu aku. tapi siapa? siapa yang sudi bantu aku, sedangkan x ada sapa pun yang tahu siapa diri aku yang sebenarnya. aku tahu tuhan sentiasa di sisi aku, sentiasa mendorong aku ke jalan yang benar, cuma aku yang buta dan tersalah memilih jalan. bila dah salah pilih, inilah balasan yang perlu aku tanggung. tapi insya'allah aku akan perbaiki semuanya. wish me luck ye kawan2.

esok...
mungkin ada sinar baru untuk aku, mungkin aku boleh buat apa yang x pernah terlintas kat minda aku. alangkah seronok ye kalau esok hari aku mampu menjelajah hutan, menikmati kehijauan bumi, bermandi-manda di air terjun dan menenangkan fikiran yang makin lama makin bercelaru. alangkah indahnya bila apa yang aku impikan jadi kenyataan. 

berkemungkinan esok...
aku tetap menjadi seperti diri aku ni, tanpa sebarang perubahan. siapa kita untuk menentukan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. kita sebagai manusia hanya diberi peluang untuk merancang perjalanan hidup kita sepanjang di bumi Allah ini, tapi segalanya sudah tertulis sejak azali lagi. moga Allah beri aku sepenuh kekuatan untuk jalani liku-liku hidup di dunia ini. amin. wassalam..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU DEAR FAIZAH, MAY ALLAH BLESS YOU. HOPEFULLY  YOUR LIFE FULL WITH JOY AND CHERISH. SMILE ALWAYS OKAY, NO MATTER WHAT HAPPEN. AMIN.