Sunday, June 10, 2012

wedding of the year???


assalamualaikum...
hari ini aku nak celoteh pasal perkahwinan. apakah erti sebenar perkahwinan itu? perkahwinan atau nikah menurut bahasa iailah berkumpul dan bercampur. menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. perkahwinan juga ada disebut di dalam Al-Quran dalam:

-Surah An-Nisaa'
-Surah An-Nuur
-Surah An- Nahl
-Surah Yassin
-Surah Ar-Rum
-Surah Adz-Dzariyaat
-Surah Luqman
-Surah Qaf
-Surah Asy-Syu'araa

hampir tiap minggu ada je orang buat majlis perkahwinan. lagi2 bile cuti umum kan? cousin aku baru je lepas sanding. kawan aku pulak 16/6 nikah buat majlis. tak dapat nak pergi. huhuhu apapun selamat pengantin baru. moga bahagia ke anak cucu. moga rumahtangga sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.


aku bila lah kan? walaupun si dia nak sgt2 tapi, sungguh! aku belum bersedia. kenapa???

- aku belum habis belajar lagi
- aku belum dapat ijazah aku lagi
- aku x dapat kerjaya yang aku impikan lagi
- aku belum bahagiakan mak abah aku lagi
- aku belum buat diri aku bahagia sepenuhnya

kalau aku tak boleh bahagiakan diri aku sendiri, macam mana aku nak bahagiakan pasangan aku, family pasangan aku? how? mungkin sesetengah orang kahwin muda atas restu keluarga sepenuhnya. kalau aku? aku dapat kew? i don't think so. aku masih banyak lagi tanggungjawab yang aku kena pikul. semua orang bergantung kat aku. aku kena bahagiakan mereka semua sebelum aku bahagiakan diri aku sendiri. itu janji aku sebelum aku melangkah ke IPTA. 

as u know, aku bukanlah gadis yang hidup dilimpahi dengan kemewahan. namun, rezeki yang Allah SWT bagi cukup buat aku dan family hidup dalam suasana kesederhanaan. aku bukan insan yang tak bersyukur & tamak dengan rezeki yang Allah SWT bagi. aku cuma nak perbaiki kehidupan family aku. aku mahu kesederhanaan itu ditambah dengan rasa senang. sememangnya wang bukan titik tolak ke arah kebahagiaan, namun kita memerlukan wang untuk menyambung kehidupan. semua kena wang. masuk tandas pun dah kena bayar RM 0.30. huhuhu 

entahlah, aku sebenarnya takut nak jadi wife lagi. memang tidak dinafikan lagi, ramai dah kawan-kawan aku dah dirikan rumahtangga, bahagia je mereka siap dah ada baby lagi. bukan tak nak cuma belum bersedia. buat si dia, bukan niat tak nak terima, kalau dah berkeras sangat2 pergi jumpa mak abah bincang sendiri. keputusan mak abah keputusan saya juga. harap si dia faham. wasalam.. 

Saturday, June 2, 2012

Handwriting

assalamualaikum...
aku tak pasti kenapa hari ni aku tergerak nak tulis sesuatu kat blog ni. padahal aku tahu aku tengah kekeringan idea nk curahkan kat blog ni. pe yang aku rasa skrg ni bercampur baur. suka, duka, sedih & so on. kenapa aku sensitif sgt2 hari ni. knpe? hanya kerana nota aku renyuk aku cry. aku sendiri tak pasti tapi tibe2 rasa sebak. mungkin sebab aku penat sgt2 siapkan nota tu tak pun mmg aku mengada2 nk cry kan? hahaha... seriously, aku tak tahu ape yang dah jadi kat diri aku ni. serabut semua lah. yang aku tahu skrg ni aku nak keluar dari kolej ni. nak buat pe yang aku nak. hang out puas2 dengan member, tgk wayang, karaoke, main bowling.. aku rindu gile nak buat semua tu. dah lama sgt2 aku terperap kat kolej ni. tapi masalahnya skrg ni, ada ke yg nak teman aku? entahlah. ergghhhhhhh... serabot. wassalam..