Sunday, September 23, 2012

why me?

assalamualaikum...
hati ni sakit sangat. kadang2 ape yang kita buat tak pernah nak puaskan hati sape2. padahal kita dh buat yang terbaik untuk semua orang. pe lagi yang kurang... hurm, sedih rasenya. mcm nk cry pon ada. really need someone to talk. but who.. secara zahirnya, i've lot of friend but true friend, just a little.. my buddies semua jauh2. kat sini xda sorg pun.. hurm.. really miss them so much. even selalu gaduh @ kecik ati sekalipun, dorang lah tempat suka duka aku, selalu ada disamping aku. bf a.k.a kawan lelaki??? semua sama je. ada cuma bila suka, kalo duka semua hilang.. hurm...
bila nk habis praktikal ni, aku nk bwk diri. nk duduk sendiri. pnt lah dok umah tapi mcm ni. aku kan cuma leh sakitkan ati org je. aku kn mmg cmtu. xpernah nk senangkan ati orang lain. pe yang aku buat semua xbetul, kurang semuanya. asal tah. mmg aku belajar tinggi tapi xda setinggi mane pun tapi at least xpayah nk kaitkan dengan apa yang aku belajar. pe yang aku jadi skunk semua pengaruh persekitaran. jadi xpayah lah nk salahkan aku 100%. aku dah cuba yang terbaik. terimalah kekurangan aku. terimalah kelebihan aku. tu je yang aku nak. wasalam

Tuesday, September 18, 2012

aku ni betul2 membencikan kew?

assalamualaikum..
setiap manusia perlukan peluang kedua untuk perbetulkan kesilapan dan kelemahan yang sedia ada dalam diri. setiap manusia perlukannya untuk maju terus kehadapan. kenapa aku tak diberikan peluang kedua tu. adakah aku ni betul2 membencikan? 
tell me the truth.
aku tak pernah minta pun untuk jadi insan yang membencikan. tak pernah terlintas walau sedikitpun untuk menyakitkan ati ko. tapi sekurang-kurangnya ko bagilah aku peluang kedua tok betulkan keadaan. aku pun manusia biasa gak bukannya malaikat. aku pun buat silap. kalau aku silap tegur lah aku depan-depan. tak perlulah ko dah pergi jauh dari aku ko buat aku gini... ish!!!!!
geram?
bukan.. bukan tu yang aku rasa. serba salah buat insan yang aku betul-betul sayang macam tu. siapa? mohd shyiffa edzuea. he's the who teach me about life, about future. he always guide me through the right path. walaupun dea bukan sealim insan-insan lain tapi dea cukup sempurna buat aku. ada bila aku susah. ada bila aku sedih. sedia ada untuk aku tak kira waktu. tak ada lelaki macam dea. 
but me.... 
baru sedar yang aku dah hilang dea. dea dah mula membenci aku, membuang diri aku jauh2. susah pasti gambar aku, no. phone aku & segala-galanya tentang aku dah dibuangnya. sebab apa? aku ni membencikan. entahlah...
aku bukan nk jadi macam tu. semuanya salah faham. kalaulah aku boleh buat dea faham.. i just need the second chance.. that all i want.. hurm... wassalam.

Monday, September 17, 2012

ibarat roda kuda

assalamualaikum.. pembuka bicara.
sekarang ni genap lah 4 bulan aku berpraktikal dkt sekolah ni. berbaki sebulan lagi aku nak habiskan tanggungjawab aku sebagai guru praktikal. selepas ni aku kena lah buat part time sebab cuti 4 bulan kan? kadangkala cuti ni bagus untuk aku tapi kalau dh berlebihan sangat sampai xtahu nk buat apa. just makan minum jelah kat umah. hati ni teringin gak nak kije kat tempat jauh dari umah aku. tinggalkan kampung halaman. aku ni bukan jenis yang lekat kat umah. sejak duduk kat asrama dulu buatkan aku ingin berhijrah; cari pengalaman kat tempat orang. 
entahlah... 
hidup ni ibarat roda, bila dh selesa mesti akan rasa susah kn? xkan nk dok senang 24 jam. mcm tu lah aku ni. tgh cari jalan yang terbaik untuk hidup aku, masa depan aku.
adakah aku mengalami perubahan?
entahlah.. aku pun xpasti jawapan ye. pendirian aku x tetap. aku xpandai menilai diri aku sendiri. aku cuma tahu halakan hidup aku mengikut kata hati. padahal kata hati ni kadangkala membinasakan diri. 
skunk ni lah aku. sahabat sekalian, inilah diri aku sekarang. bukan menyalahkan takdir tapi inilah yang sebenarnya. terima diri aku sebenarnya ye kawan2. segala perubahan ni hanyalah sementara. doakan terbaik untuk diri aku ye. wassalam..

Thursday, July 12, 2012

officially as a practical teacher

assalamualaikum... alhamdulillah. dah lama sangat2 aku x update benda alah ni. hahaha setakat ni okay la as a practical teacher. pelajar semua sweet sgt2.. huhuhu ada yg puji, ada gak yg takot..huhuhu pape jela. moga2 latihan mengajar ni menjadi memori indah buat diri aku... amin.wassalam

Sunday, June 10, 2012

wedding of the year???


assalamualaikum...
hari ini aku nak celoteh pasal perkahwinan. apakah erti sebenar perkahwinan itu? perkahwinan atau nikah menurut bahasa iailah berkumpul dan bercampur. menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. perkahwinan juga ada disebut di dalam Al-Quran dalam:

-Surah An-Nisaa'
-Surah An-Nuur
-Surah An- Nahl
-Surah Yassin
-Surah Ar-Rum
-Surah Adz-Dzariyaat
-Surah Luqman
-Surah Qaf
-Surah Asy-Syu'araa

hampir tiap minggu ada je orang buat majlis perkahwinan. lagi2 bile cuti umum kan? cousin aku baru je lepas sanding. kawan aku pulak 16/6 nikah buat majlis. tak dapat nak pergi. huhuhu apapun selamat pengantin baru. moga bahagia ke anak cucu. moga rumahtangga sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.


aku bila lah kan? walaupun si dia nak sgt2 tapi, sungguh! aku belum bersedia. kenapa???

- aku belum habis belajar lagi
- aku belum dapat ijazah aku lagi
- aku x dapat kerjaya yang aku impikan lagi
- aku belum bahagiakan mak abah aku lagi
- aku belum buat diri aku bahagia sepenuhnya

kalau aku tak boleh bahagiakan diri aku sendiri, macam mana aku nak bahagiakan pasangan aku, family pasangan aku? how? mungkin sesetengah orang kahwin muda atas restu keluarga sepenuhnya. kalau aku? aku dapat kew? i don't think so. aku masih banyak lagi tanggungjawab yang aku kena pikul. semua orang bergantung kat aku. aku kena bahagiakan mereka semua sebelum aku bahagiakan diri aku sendiri. itu janji aku sebelum aku melangkah ke IPTA. 

as u know, aku bukanlah gadis yang hidup dilimpahi dengan kemewahan. namun, rezeki yang Allah SWT bagi cukup buat aku dan family hidup dalam suasana kesederhanaan. aku bukan insan yang tak bersyukur & tamak dengan rezeki yang Allah SWT bagi. aku cuma nak perbaiki kehidupan family aku. aku mahu kesederhanaan itu ditambah dengan rasa senang. sememangnya wang bukan titik tolak ke arah kebahagiaan, namun kita memerlukan wang untuk menyambung kehidupan. semua kena wang. masuk tandas pun dah kena bayar RM 0.30. huhuhu 

entahlah, aku sebenarnya takut nak jadi wife lagi. memang tidak dinafikan lagi, ramai dah kawan-kawan aku dah dirikan rumahtangga, bahagia je mereka siap dah ada baby lagi. bukan tak nak cuma belum bersedia. buat si dia, bukan niat tak nak terima, kalau dah berkeras sangat2 pergi jumpa mak abah bincang sendiri. keputusan mak abah keputusan saya juga. harap si dia faham. wasalam.. 

Saturday, June 2, 2012

Handwriting

assalamualaikum...
aku tak pasti kenapa hari ni aku tergerak nak tulis sesuatu kat blog ni. padahal aku tahu aku tengah kekeringan idea nk curahkan kat blog ni. pe yang aku rasa skrg ni bercampur baur. suka, duka, sedih & so on. kenapa aku sensitif sgt2 hari ni. knpe? hanya kerana nota aku renyuk aku cry. aku sendiri tak pasti tapi tibe2 rasa sebak. mungkin sebab aku penat sgt2 siapkan nota tu tak pun mmg aku mengada2 nk cry kan? hahaha... seriously, aku tak tahu ape yang dah jadi kat diri aku ni. serabut semua lah. yang aku tahu skrg ni aku nak keluar dari kolej ni. nak buat pe yang aku nak. hang out puas2 dengan member, tgk wayang, karaoke, main bowling.. aku rindu gile nak buat semua tu. dah lama sgt2 aku terperap kat kolej ni. tapi masalahnya skrg ni, ada ke yg nak teman aku? entahlah. ergghhhhhhh... serabot. wassalam.. 

Friday, May 25, 2012

rindu ye kat someone....

assalamulaikum...
miss someone.. tapi xtahu nk luahkan mcm ne... bye.

comel x? danish

my sis in law with her son.. 

Wednesday, May 16, 2012

ohh... gigi

assalamualaikum.. 
dengan julung-julung kalinya aku isytiharkan bahawa gigi geraham atas belah kiri aku bakal dicabut tidak lama lagi atas faktor-faktor kesakitan yang agak luar biasa. kesakitan ini memberi kesan langsung kepada aku seperti tak nyenyak tido, sakit-sakit badan, rasa nak demam dan sebagainya. aku rasa tak sabar nak jumpe doktor gigi, nak dermakan gigi aku kat depa. even ketakutan yang melampau menjelma dalam diri aku ni, namun aku terpaksa betahkan jua. buat kali pertamanya aku bakal mencabot gigi aku dengan doktok gigi. adoi...gigi aku sakit. wassalam. 


gigi geraham aku... huhuhu


Saturday, May 12, 2012

selamat hari ibu

assalamualaikum.
selamat hari ibu buat insan2 yang bergelar ibu termasuklah my mom bibit binti bunangin, my sis in law, syarifah zuraidah syed zain and my older sis, farahidayati binti jamiyon. sesungguhnya hari ini sangat bermakna buat insan2 ini. x semestinya kita akan mengenang jasa-jasa ibu2 pada hari ini je. bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. i always said I LOVE YOU MOM diakhir perbualan telefon aku dengan mak aku. pada aku kata2 cinta bukan hanya untuk pasangan kita sahaja. tp untuk semua insan2 yang kita syg.

nak tahu senarai kekasih hati aku:
mak & abah
adik beradik
sahabat
impian aku
insan yang mencintai aku setulusnya; mr. shyiffa



wassalam

Tuesday, May 8, 2012

a bunch of roses

assalamualaikum.. 

menerima sejambak bunga ros dari insan yang tersayang sudah semestinya membuatkan hari-hari anda tersenyum simpul & ceria sentiasa. termasuk lah aku. hehe lama dah x dapat. masuk kali ni baru 2nd time from my beloved one.. okay, seriously. 


okay, back to the main point.
guys... did you know the real meaning in each colour of roses??

merah: cinta yang tulus ikhlas, keghairahan & keberanian.
kalau korang nak say i love you to somebody, red roses is a
good choice for you to confess your feeling  (=-=)



merah jambu: menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.
it can express your happiness  & ucapan terima kasih
kepada seseorang gitu =]
putih: kesucian; pengakuan cinta seseorang.  just like i miss
you or you're precious person for me.

kuning: persahabatan; kegembiraan; kelegaan dan kebebasan.
sesuai sebagai tanda untuk memulakan sesuatu ikatan
persahabatan.. =p

biru: aku x pernah lagi tengok warna ni.  ia menunjukkan
sesuatu yang mustahil; x mudah digapai & disempurnakan.
if you think that your relationship cannot move on, just give
let he or she know the truth. don't lies because you may hurt
their feeling deeply.

lavender: yang ni pun aku x pernah tengok. teruja sangat.
hopefully someday, i'll see it with my own eye.. hehe it said
that this colour of rose it something can express your first
love sign to someone special. you should try it. moga2
menjadilah ye [=_+]
oren: kegahirahan dan keinginan yang tulus. it can express
your feeling especially when you want the relationship stay
still and stay happily ever after.

hitam: i'm not sure either ros ni wujud ke x kat dunia ni sebab
aku xpnh nampak pun kat pasaran Malaysia ni. kalau ada pun
aku x nak lah.. hehe ia melambangkan suatu permulaan yang
baru; kelahiran semula @ kematian. say good bye gitu.. 

tapi ingat ye kawan2. ini cuma info @ fakta tak berapa nak sahih dari aku ni hah. sekadar nak kongsi kebosanan yang bersarang kat diri ni. anyway. maksud warna bunga dah tahu. apa pula dengan maksud setiap bilangan bunga tu ye.. 
cekidaooouuuuttt!!!!

1 RoseCinta pandang pertama, kau lah yang satu
2 RosesSaling menyayangi antara satu sama lain
3 RosesI love you
6 RosesAku ingin menjadi milikmu
7 RosesAku tergila-gilakan kamu
9 RosesCinta yang abadi, hinga hujung nyawa
10 RosesKamu adalah sempurna
11 RosesKaulah benda yang paling berharga, yang paling disayangi di muka bumi ini
12 RosesBe my steady
13 RosesPeminat rahsia
15 RosesSaya minta maaf, tolong maafkan saya
20 RosesPercayalah, aku sangat jujur terhadap kamu
21 RosesAku setia pada mu
24 RosesTak boleh berhenti teringatkan awak, 24jam sehari
33 Rosesmenyatakan “Aku cinta padamu” dengan lebih mendalam lagi
36 RosesAku akan ingati waktu-waktu indah kita bersama
40 RosesCintaku padamu adalah tulen
50 RosesCinta yang tiada sesalan
99 RosesAku akan mencintaimu sepanjang hidupku
100 RosesAkan kekal bersama bahagia seabad lamanya, akan kekal setia hingga lanjut usia
101 RosesKaulah satu-satunya cintaku
108 RosesJom Kahwin!
365 RosesTak boleh berhenti memikirkan kamu 365hari
999 RosesCinta yang berkekalan sampai bila-bila

hah! dah tahu kan. tapi jangan ter'over' pula siap nak suruh2 hubby tersayang penuhi semua kehendak kome semua nak beli bunga banyak2. membazir. beli beras dah dapat berkampit-kampit gitu..huhuhu bagi aku, sekuntum bunga ros sudah melambangkan keikhlasan seseorang dan membuatkan aku tersenyum sepanjang masa. aku nak juga share bunga ros yang aku dapat. bukan nak berbangga but I love too share with you guy...

one of three roses I ever had. its mean I love You, I guess so..
huhuhu

jadi wahai sahabat. renung-renungkan dan selamat beramal lah ye.. wassalam.

Friday, May 4, 2012

terima kasih sayang... untuk segala pengorbanan. i cintakan u sangat2

assalamualaikum...
alhamdulillah.. aku masih diberi peluang untuk hirup udara segar kat dunia ni. aku sangat2 bersyukur. dan hari2 aku ceria bersama sahabat2 aku, kekasih hati aku yang jauh di mata dekat di hati, bersama family tercinta, dan semuanya. aku sangat bersyukur dengan apa yang ada dalam diri aku ni. aku terharu sangat2 sebabnya masa hari jadi aku yang lalu, kami raikan bersama2. walaupun serba serbi kurang tapi aku bersyukur sgt2... nk tengok x kek hari jadi kami??

sedap x kek kami2 ni? 

paey & shuhada & kak mas

happy birthday to us

separuh sudah kena baham

yummmmmm~~~~~~
cantik kan2... sedap sgt2.. thanks kak mas. i love u..mmuuuuahhhhhhhhh =) x sabar nak menanti ikah & linda  pnye birthday. hehe nk buat gitu gak lah... 

okay.. kita tutup cite pasal kek. kita pergi topik baru.
TESIS!!!
alhamdulillah tajuk tesis dh ditetap & sudah htr kat prof. kanthasamy. nk tahu x apa dea?
"TUN ABDUL RAZAK: KEPIMPINAN & DASAR-DASAR KE ARAH PERPADUAN NASIONAL"
tu dea.. hehe alhamdulillah. insya'allah aku boleh buat. method yang aku nk guna cuma kajian kepustakaan. lebih kepada kualitatif. mudah-mudahan boleh lah aku buat kan2. takut gak. penyelia tesis aku pn mcm x yakin je dengan aku. aku bukannya golongan yang bijak pandai. aku cuma manusia biasa..huhuhuhu siapa lah aku kan. hurm....

hari ini dok buat kije berfaedah sikit. hari ini dok berbasikal. keluar peluh sikit kalo x asyik makan tido je 24 jam.. ada lah snap pic sikit.. checidaouuuuttttttttttttttttttttttttt!!!!

mcm budak x betol pn ada aku ni kan

sopan ye kak linda kita ni

fuh!!!!!!

kampus baru

futuristic design 

okay lah.. dh tengok kn? dh cuci mata kan.. wassalam

Wednesday, April 18, 2012

selamat hari tua....

assalamualaikum... 
dah lama gak aku x update blog ni. mana x ye busy dengan assignment yg x sudah2. makin lama bukan makin habis tapi makin menimbun adalah... huhuhu tapi insya'allah akan aku siapkan semuanya selagi ada kudrat. amin...

esok... 
hari bersejarah dalam hidup aku. hari lahir aku yang ke-23 tahun. tapi aku rasa sunyi. x tahu kenapa. mungkin sebab dia ada tapi mcm x ada kot. nak buat macamana, redha jela kan3. moga2 selepas ni aku mampu bersikap lebih matang dan sentiasa ceria walaupun macam2 dah berlaku. anyway:


dan mulai esok... 
aku nak mulakan hidup baru. nak tebus pe yang aku buang @ sia-siakan selama ini. aku nk berubah cuma aku x ada kekuatan lagi untuk ke arah itu. aku perlukan seseorang untuk bantu aku. tapi siapa? siapa yang sudi bantu aku, sedangkan x ada sapa pun yang tahu siapa diri aku yang sebenarnya. aku tahu tuhan sentiasa di sisi aku, sentiasa mendorong aku ke jalan yang benar, cuma aku yang buta dan tersalah memilih jalan. bila dah salah pilih, inilah balasan yang perlu aku tanggung. tapi insya'allah aku akan perbaiki semuanya. wish me luck ye kawan2.

esok...
mungkin ada sinar baru untuk aku, mungkin aku boleh buat apa yang x pernah terlintas kat minda aku. alangkah seronok ye kalau esok hari aku mampu menjelajah hutan, menikmati kehijauan bumi, bermandi-manda di air terjun dan menenangkan fikiran yang makin lama makin bercelaru. alangkah indahnya bila apa yang aku impikan jadi kenyataan. 

berkemungkinan esok...
aku tetap menjadi seperti diri aku ni, tanpa sebarang perubahan. siapa kita untuk menentukan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. kita sebagai manusia hanya diberi peluang untuk merancang perjalanan hidup kita sepanjang di bumi Allah ini, tapi segalanya sudah tertulis sejak azali lagi. moga Allah beri aku sepenuh kekuatan untuk jalani liku-liku hidup di dunia ini. amin. wassalam..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU DEAR FAIZAH, MAY ALLAH BLESS YOU. HOPEFULLY  YOUR LIFE FULL WITH JOY AND CHERISH. SMILE ALWAYS OKAY, NO MATTER WHAT HAPPEN. AMIN.

Friday, March 23, 2012

makin tua makin serabut, makin berumur makin besar tanggungjawab.. itulah aku..huhuhu

assalamualaikum
dah sekian lama menyepi, akhirnya kau kuatkan juga kudrat nak tatap blog aku yang hampir bersawang dengan spiderman punya sarang. huhu sibuk sangat-sangat dengan macam-macam aktiviti. sampai tak menang tangan pun ada. 

tahun ni cukup berat untuk aku. mane tak ye. banyak benda besar bakal berlaku dalam hidup aku iaitu praktikal & buat latihan ilmiah. aku tengah serabut nak pikirkan 3 topik nak submit kat lecturer minggu depan. aku nak buat tajuk ape aek?? ramai juga kawan & sahabat seperjuangan mengutarakan tajuk tesis masing-masing kat lecturer, ada yang dapat lampu hijau ada yang dapat lampu kuning dan setakat ni tak ada pula yang dapat lampu merah. kalau lampu kuning tu kenalah murnikan lagi tajuk tu. aku? aku tak tahu akan berada di posisi yang mana. merah? kuning? atau hijau? yang mana satu... pilihan kalbu.. acecechh.. nak melalak pulak aku ni.

hah!! macam nilah rupanya trafic light tu. nasib baik
tak dapat lampu merah..huhuhuhu


pening berjuta-juta kali pening kepala aku dibuatnya. dengan tesis ye, praktikum, proposal, assignment, mengajar kat sekolah isnin depan and so on... alamak!!! aku lupa la. baru aku ingat. aku kena jadi cikgu selama 40 minit je kat SMK KUALA KUBU BARU. mengajar tingkatan 6 kot. ni bukan saja-saja nak mengatal pergi sekolah nak mengajar ikot suka, sekadar memenuhi syarat bagi kursus KPD3026 iaitu PENGAJARAN, PENYELIDIKAN & TEKNOLOGI II dibawah ajaran DR. AMIR. kiranya assignment aku lah kan. takot la sebab ada pro & kontra nak ngajar budak tingkatan 6 ni. kita xboleh nak layan depa macam budak-budak sebab mereka2 ni sudah layak kalau nak jadi mak & bapak kepada budak.,huhuhu tu yang lecturer aku cakap. kaedah yang digunakan kenalah sesuai dengan persekitaran mereka..huhuhu hehe saya nak jadi cikgu pengajian am rupanya...huhuhu.. bersedialah paey oiii... sekurang-kurangnya ko ada pengalaman nak mengajar anak orang sebelum praktikum nanti. 

*monolog dalaman: 
takot nye nak ngajar anak orang, 
silap ajar sesat sampai ke tiang lahad lah jawabnya. (+_+) 

rasanya, cukup setakat ini aku nak berceloteh, aku nak sambung buat kije aku. apa pun doakan aku okay. moga-moga aku mampu menjadi pendidik yang baik. amin. wassalam...