Wednesday, March 7, 2012

bendera jepun naik..huhuhu

assalamualaikum

Penulisan kali ini bukannya berunsur lucah tetapi perkara yang lumrah buat semua yang bergelar wanita. Kaum adam juga perlu tahu tentang perkara ini, nanti bila dah beristeri dan punya anak perempuan tak ada terkejut beruk dan cemas sebab tak tahu nak buat apa.

Kali ni aku nak cerita pasal senggugut sebab aku tengah alaminya sekarang ni. just nak share je..huhu hampir semua wanita yang mengalami sakit semasa haid (senggugut). Walaupun kebanyakan tidak begitu teruk tapi kadang-kadang bila dah sakit sangat, akan menjejaskan kehidupan seharian kita tau. 


ADUH... SAKITNYA..HURM...

Secara fisiologinya, 
semasa haid dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang. ramai dalam kalangan wanita alami senggugut yang keterlaluan sakitnya disebabkan oleh pengeluaran hormon ni secara berlebihan. Kebiasaannya, ia akan menyerang dengan kerap ketika usia remaja dan awal 20-an. Ia juga kerap berlaku kepada mereka yang baru first time kena. so berhati-hati okay, kalau tak tahan sangat jumpa doktor okay.... bagi Primary dysmenorrhoea pula penyakit senggugut yang berlaku pada wanita yang berusia antara 20-24 tahun dan akan hilang selepas satu @ dua selepas imbangan hormon menjadi norman. Secondary dysmenorrhea pula adalah sakit senggugut yang disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi. 

info terkini:

Masalah Organ Reproduksi

  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.

Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.
Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.


No comments:

Post a Comment