Sunday, March 4, 2012

duka dikala suka

suka dan duka tu perkara biasa kan? kadang-kadang luaran je bahagia tapi hati yang berduka tak ada sapa pun tahu, tak ada siapa pun peduli & tak ada siapa pun kisah. aku rasa teruk sangat sekarang ni. aku bukan jenis manusia yang bijak luahkan perasaan & kata-kata melalui pertuturan, apa yang aku mampu cuma simpan dalam hati, sampai hati aku remuk, hancur... itu je yang aku mampu. teruk kan? 

dah jadi kebiasaan aku since i am in primary school. jauh dengan keluarga dan adik-beradik buat aku jadi pendiam dan menyimpan rasa. aku hanya mampu luahkan kegembiraan dengan insan yang aku kenali, yang aku rapat... walaupun dulu aku bersendirian, aku tetap rasa perasaan yang sama sekarang ni. aku terlalu rindukan zaman kanak-kanak aku. bebas untuk meneroka dan melakukan apa saja. menjaga anak kesayangan abah yang kuat merajuk dan sentiasa ikot ke mana sahaja abah pergi. tapi aku tahu situasi itu begitu mustahil untuk berulang kembali. apa yang aku mampu buat cuma mengingati kenangan dan kebahagiaan masa lalu... i really need someone right now, bukan sekadar teman untuk bercerita, tapi ibarat ahli keluarga aku sendiri. 


on the way... hurm 


ya tuhan, buangkanlah segala-gala yang aku rasa ni jauh-jauh. aku dah tak betah nak memikirkan dan melayani kehendak perasaan. aku nak mulakan segala-galanya baru. bimbinglah aku tuhan. bantu aku tuhan cause i know, this is the right time for me set up my heart, my ideology & my mind again. please, give me your guidance. amin.

No comments:

Post a Comment