Friday, March 2, 2012

dikala hati mencurahkan kata-kata, akal diam seribu bahasa...

assalamualaikum

buat pertama kalinya aku tak boleh lelapkan mata, aku tak tahu kenapa hari ini aku rindukan orang tua aku sangat-sangat. air mata mula mengalir kat pipi aku. aku ingat kembali saat indah, suka dan duka masa cuti semester lepas. i miss them so much especially my youngest sister, wanie. bila aku susah hati, rasa kecewa, rasa mara... dea lah yang buat aku ketawa, buat aku senyum... aku rindukan dea sangat. telatah dea buat aku ingat perangai aku ketika kecil. abah cakap perangai wanie persis macam aku dulu. aku bahagia bila dapat masakan makanan kegemaran dea, ayam masak merah. cuma tu je je yang aku boleh buat sebelum balik perak. 

wanie

berat hati sebenarnya nak tinggalkan kampung. walaupun perit sekalipun, aku kena pergi juga. setahun lebih lagi untuk aku tamatkan pengajian aku. aku mahu yang terbaik, dan lakukan yang terbaik. tak kira betapa susah dan perit sekalipun aku akan buat juga yang terbaik. tak kira susah mana subjek tu, tegas mana lecturer tu, aku tak kisah. aku nak tamatkan pengajian aku dengan jayanya.

jadi, dengarlah semua...

kesedihan aku, masalah aku, aku biarlah aku pendam sorang-sorang. aku tak perlukan manusia selesaikan sesuatu masalah untuk aku. aku tak akan ceritakan masalah aku dekat mak & abah, adik-beradik aku, sahabat aku even shyiffa sekalipun walaupun kadang-kadang dea boleh rasa sendiri apa yang aku rasa. apa yang aku lalui. biarlah indah-indah belaka difikiran mereka. yang pasti aku tahu diri aku, siapa aku dan apa yang aku mahukan.

aku pasrah. aku yakin ya Tuhan....

aku tahu aku mampu lakukan yang terbaik untuk diri aku. aku cuma nak kecapi kejayaan, nak bawa sinar baru dalam keluarga aku. aku nak buat mak & abah bahagia tanpa ada rasa susah lagi. itu yang aku nak. kesusahan adalah kunci kejayaan aku. tunggulah dunia. akan aku buktikan. 

wassalam

No comments:

Post a Comment