Tuesday, January 31, 2012

engkau sememangnya cantik...

Bismilahirrahmanirrahim. Firman Allah SWT bermaksud: 

Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu dan isteri-isteri orang mukmin, 'Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah SWT adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Ahzab [33]: 59)
Assalamualaikum..

Wanita selalunya dikaitkan sebagai simbol kecantikan. setiap wanita mempunyai kelebihan dan keindahan diri yang tersendiri. namun, kecantikan perlu dijaga mengikut batas-batas yang sudah digariskan dalam Al-Quran dan Sunnah. apa yang aku tulis ni bukan lah nak tunjuk pandai atau bermegah. aku juga insan dan hamba Allah yang ingin memperbaiki diri. jadi x salahkan aku nak berkongsi apa yang aku dapat daripada buku Burhan Siddiq bertajuk "Inspirasi Cinta Terhebat ; Cinta Terindah Buat yang Mencari Cinta & Mencintai Allah". 

Dalam buku ni beliau menyatakan bahawa setiap wanita perlu memahami konsep berhias dalam Islam. bagaimana cara dan aturannya?? beliau juga kata apabila batas-batas itu difahami oleh wanita, mereka boleh jadikan ia sebagai panduan untuk  berhias; bukannya berpaksikan kiblat Barat tetapi kiblatnya pada Islam dan bagaimana syariat mengaturnya. Encik Burhan Siddiq juga mengariskan beberapa panduan untuk kita renungi bersama:
  • hendaklah memilih cara berhias yang tidak dilarang dalam Islam
  • cara berpakaian tidak menyerupai orang kafir
  • jangan menyerupai lelaki (karakter, fizikal dan cara berpakaian)
  • jangan menggunakan kosmetik yang kekal dan  susah untuk ditanggalkan
  • jangan menggubah ciptaan Allah SWT (cth: buat pembedahan plastik untuk mancungkan hidung yang pesek)
  • jangan membahayakan tubuh badan
  • jangan menggunakan bahan yang boleh menyekat air meresap ke kulit (cth: pewarna rambut)
  • jangan boros (biaya kecantikan menjejaskan pendapatan bulanan. jadi hujung bulan je sengkek..huhuhu)
  • jangan mengambil masa yang lama untuk hias (x kan sampai berjam-jam kan?)
  • jangan bangga diri, sombong dan angkuh dengan kecantikan diri.
Yang mana satu pilihan anda? gaya sederhana dan mengikut batas-batas agama atau sebaliknya? jadi renung-renungkan lah dan selamat beramal... 

Allah SWT berfirman; maksudnya: 

"Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala terbaik (Syurga) dan tambahannya. Dan mereka tidak ditutupi dengan debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni Syurga, mereka kekal di dalamnya." 
(Surah Yunus: Ayat 26)
Wassalam.

No comments:

Post a Comment