Wednesday, February 22, 2012

bintang aku

apa itu bintang? 

Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka sendiri. cahaya bintang terhasil daripada tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana unsur hidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang elektromagnet dan tenaga. permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu angkasa yang membentuk nebula.
(aku buat-buat faham.. korang faham tak?)
Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada nebula sehingga termampat dan membentuk bebola gas. apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi, tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlakunya pelakuran nuklear gas hidrogen yang membebaskan helium, haba dan cahaya.
Sumber Wikipedia

indahnya bintang dikala malam.. 

Pada aku.....
Bintang ibarat penghias dunia yang paling cantik. tiap malam ia akan menerangi  dan menghiasi langit. sinarannya membuatkan aku ceria dan mampu tersenyum... 

Kenapa bintang? 
Aku menanti dan akan menanti seseorang yang sama fungsinya seperti bintang yang bakal menyinari hidup aku. aku sudah mempunyai satu bintang iaitu agama aku, aku perlukan bintang yang lain untuk bantu aku jalani hidup ni... yang mampu terangi aku dengan kebahagiaan, dengan kesabaran dan yang pasti mampu dorong aku menjadi yang lebih baik. hidup aku bukanlah sempurna dan seindah yang aku impikan namun aku redha kalau itu adalah takdir aku. aku tahu apa berlaku sekarang ni adalah rentetan keputusan yang aku buat pada masa lalu... bak kata orang
"sesal dahulu pendapatan; sesal kemudian tidak berguna

Sebagai manusia biasa, aku juga pernah menyesali apa yang berlaku dalam hidup aku, aku juga pernah menyalahi takdir tapi aku tahu semua yang berlaku sudah ditentukan sejak azali lagi dan aku tak mampu nak menolak setiap perkara yang berlaku. aku hanya mampu berserah dan berdoa agar setiap hari kehidupanku menjadi lebih baik. moga-moga apa yang aku harapkan mnjadi kenyataan. amin.. wassalam.


aku tak nak lah jadi gini. menunggu insan yang sempurna. aku hanya mencari bintang yang Allah dah sediakan untuk aku... moga bintang itu mampu menyinari kegelapan hidup aku.. amin...

No comments:

Post a Comment