Monday, February 6, 2012

melaka... aku datang!!!

hai semua.. assalamualaikum.
hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk bersama dengan orang yang tersayang sama ada keluarga @ kekasih hati...hehe. macam aku juga. semalam aku habiskan masa dengan shyiffa & mom dea. kitorang pergi Melaka. jalan-jalan cuci mata yang tak terancang membuatkan aku terkejut. mana x nya, pukul 3 petang baru gerak dari rumah.hehehe dah lah panas, traffic jam lagi. dah macam sardin terbakar dalam ketuhar duduk dalam kereta. hehe. shyiffa selaku driver asyik membebel je.hehehe kelakar aku tengok. jarang dengar dia membebel camtu. adik dia pon follow gak. aku x pernah pon rapat dengan adik-beradik dia sebabnya semua lelaki. jadi agak janggal di situ kan? pape lah.. semalam cuma sempat pergi Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Muzium Kastam dan Menara Taming Sari. tapi yang paling aku suka tengok, keadaan beca kat sana. semuanya cantik-cantik belaka. dihias dengan bunga-bungaan dan sistem audio. kalau korang nak lagu apa pun mesti dorang pasangkan, x kira lah lagu Cina ke, India ke or Melayu sekalipun tetap ditunaikan. memang ramai sangat semalam, bayangkanlah, macam sekumpulan semut berkerumun dekat seketul gula tau..huhuhu termasuk lah aku.. (>_<).

jalan punya jalan sampai sakit kaki, pening kepala sebab cuaca yang agak terik. tapi memang best lah sebab dah lama x berjalan jauh. cuma dapat snap pic sikit je. mana x nya, asik sibuk berjalan je kan.. hurm.. korang nak tengok x? jom!!!

cik April & encik July

si gajah comel..huhuhu

bersama mak shyiffa

with apit (adik shyiffa) & his mom

apa pun, aku happy semalam. aku anggap tu sebagai salah satu hadiah untuk raikan kejayaan aku. alhamdulillah. thanks shyiffa sebab bawak saya jalan-jalan. saya hargai sangat.wassalam

p/s:
tempat2 menarik di Melaka. yang ni cuba sebahagian sahaja. lau nak tengok yang lain pergi sendiri okay... check this out!!!

cantik kan beca ni..
kota A' Famosa
Bandar Stadhuay
kedudukan bersebelahan dekat muzium kastam
    
nak naik ni x dapat..huhuhu
eye on melaka
   

No comments:

Post a Comment