Wednesday, February 8, 2012

wanita solehah... amin

assalamualaikum...
gelaran wanita solehah sudah semestinya menjadi idaman setiap kaum wanita. selagi hidup berjalan selagi itulah kita terdorong nak buat kebaikan. ia x akan terhenti selagi kematian menjemput. wanita solehah mestilah cantik dari segi hati, fikiran dan amalnya. menurut Burhan Sodiq, nafsu adalah halangan untuk menjadi wanita solehah. contohnya nafsu untuk hidup senang lenang tanpa mempedulikan larangan dan batasan agama Islam atau melayan nafsu untuk merasa kehidupan yang bebas tanpa mempedulikan batasan halal atau haram. apa yang aku tulis ni bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. aku juga insan yang serba kekurangan dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. tiap hari, masa dan waktu aku berniat dan berdoa untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. 


menurut Burhan Sodiq lagi, tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita bergelar solehah, seterusnya menerima pahala serta syurga yang penuh kenikmatan daripada Allah SWT. kaum hawa hanya perlu memenuhi dua syarat sahaja iaitu;

a) Taat kepada Allah SWT dan Rasulnya, yang merangkumi;
  • mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi dari segala-galanya
  • wajib menutup aurat
  • tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
  • tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahramnya untuk menghalang timbulnya fitnah
  • sering membantu lelaki dalam kebenaran, kebajikan dan taqwa
  • berbuat baik kepada ibu dan bapa
  • sentiasa bersedekah x kira susah ataupun senang
  • tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
  • bersikap baik dengan tetangga
b) Taat kepada suami yang merangkumi;
  • memelihara kewajiban terhadap suami
  • sentiasa menyenangkan suami
  • menjaga kehormatan diri dan harta suaminya ketika suami tiada di rumah
  • tidak bermasam muka di hadapan suami
  • tidak menolak ajakan suami untuk tidur
  • tidak keluar tanpa izin suami
  • tidak meninggikan suara melebihi suara suami
  • tidak membantah suami dalam kebenaran
  • tidak menerima tetamu yang dibenci oleh suami
  • sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta memelihara keharmonian rumahtangganya.
Jadi, sama-sama lah kita perbaiki diri okay. aku juga mahu yang terbaik untuk diri aku. nak jadi insan yang baik untuk semua orang. moga Allah SWT bantu aku jalaninya dan permudahkan urusan aku. amin.. wassalam.


Renungan Bersama:
Rasulullah SAW telah bersabda:
"sesungguhnya seorang hamba yang berakhlak baik akan mencapai darjat dan kedudukan yang tinggi di akhirat, walaupun ibadahnya sedikit."




No comments:

Post a Comment