assalamualaikum...
hati ni sakit sangat. kadang2 ape yang kita buat tak pernah nak puaskan hati sape2. padahal kita dh buat yang terbaik untuk semua orang. pe lagi yang kurang... hurm, sedih rasenya. mcm nk cry pon ada. really need someone to talk. but who.. secara zahirnya, i've lot of friend but true friend, just a little.. my buddies semua jauh2. kat sini xda sorg pun.. hurm.. really miss them so much. even selalu gaduh @ kecik ati sekalipun, dorang lah tempat suka duka aku, selalu ada disamping aku. bf a.k.a kawan lelaki??? semua sama je. ada cuma bila suka, kalo duka semua hilang.. hurm...
bila nk habis praktikal ni, aku nk bwk diri. nk duduk sendiri. pnt lah dok umah tapi mcm ni. aku kan cuma leh sakitkan ati org je. aku kn mmg cmtu. xpernah nk senangkan ati orang lain. pe yang aku buat semua xbetul, kurang semuanya. asal tah. mmg aku belajar tinggi tapi xda setinggi mane pun tapi at least xpayah nk kaitkan dengan apa yang aku belajar. pe yang aku jadi skunk semua pengaruh persekitaran. jadi xpayah lah nk salahkan aku 100%. aku dah cuba yang terbaik. terimalah kekurangan aku. terimalah kelebihan aku. tu je yang aku nak. wasalam
"Kisah Hidup Cik Tembam"
Sunday, September 23, 2012
Tuesday, September 18, 2012
aku ni betul2 membencikan kew?
assalamualaikum..
setiap manusia perlukan peluang kedua untuk perbetulkan kesilapan dan kelemahan yang sedia ada dalam diri. setiap manusia perlukannya untuk maju terus kehadapan. kenapa aku tak diberikan peluang kedua tu. adakah aku ni betul2 membencikan?
tell me the truth.
aku tak pernah minta pun untuk jadi insan yang membencikan. tak pernah terlintas walau sedikitpun untuk menyakitkan ati ko. tapi sekurang-kurangnya ko bagilah aku peluang kedua tok betulkan keadaan. aku pun manusia biasa gak bukannya malaikat. aku pun buat silap. kalau aku silap tegur lah aku depan-depan. tak perlulah ko dah pergi jauh dari aku ko buat aku gini... ish!!!!!
geram?
bukan.. bukan tu yang aku rasa. serba salah buat insan yang aku betul-betul sayang macam tu. siapa? mohd shyiffa edzuea. he's the who teach me about life, about future. he always guide me through the right path. walaupun dea bukan sealim insan-insan lain tapi dea cukup sempurna buat aku. ada bila aku susah. ada bila aku sedih. sedia ada untuk aku tak kira waktu. tak ada lelaki macam dea.
but me....
baru sedar yang aku dah hilang dea. dea dah mula membenci aku, membuang diri aku jauh2. susah pasti gambar aku, no. phone aku & segala-galanya tentang aku dah dibuangnya. sebab apa? aku ni membencikan. entahlah...
aku bukan nk jadi macam tu. semuanya salah faham. kalaulah aku boleh buat dea faham.. i just need the second chance.. that all i want.. hurm... wassalam.
Monday, September 17, 2012
ibarat roda kuda
assalamualaikum.. pembuka bicara.
sekarang ni genap lah 4 bulan aku berpraktikal dkt sekolah ni. berbaki sebulan lagi aku nak habiskan tanggungjawab aku sebagai guru praktikal. selepas ni aku kena lah buat part time sebab cuti 4 bulan kan? kadangkala cuti ni bagus untuk aku tapi kalau dh berlebihan sangat sampai xtahu nk buat apa. just makan minum jelah kat umah. hati ni teringin gak nak kije kat tempat jauh dari umah aku. tinggalkan kampung halaman. aku ni bukan jenis yang lekat kat umah. sejak duduk kat asrama dulu buatkan aku ingin berhijrah; cari pengalaman kat tempat orang.
entahlah...
hidup ni ibarat roda, bila dh selesa mesti akan rasa susah kn? xkan nk dok senang 24 jam. mcm tu lah aku ni. tgh cari jalan yang terbaik untuk hidup aku, masa depan aku.
adakah aku mengalami perubahan?
entahlah.. aku pun xpasti jawapan ye. pendirian aku x tetap. aku xpandai menilai diri aku sendiri. aku cuma tahu halakan hidup aku mengikut kata hati. padahal kata hati ni kadangkala membinasakan diri.
skunk ni lah aku. sahabat sekalian, inilah diri aku sekarang. bukan menyalahkan takdir tapi inilah yang sebenarnya. terima diri aku sebenarnya ye kawan2. segala perubahan ni hanyalah sementara. doakan terbaik untuk diri aku ye. wassalam..
Labels:
dunia aku
Location: Malaysia
Johor, Malaysia
Thursday, July 12, 2012
officially as a practical teacher
assalamualaikum... alhamdulillah. dah lama sangat2 aku x update benda alah ni. hahaha setakat ni okay la as a practical teacher. pelajar semua sweet sgt2.. huhuhu ada yg puji, ada gak yg takot..huhuhu pape jela. moga2 latihan mengajar ni menjadi memori indah buat diri aku... amin.wassalam
Sunday, June 10, 2012
wedding of the year???
assalamualaikum...
hari ini aku nak celoteh pasal perkahwinan. apakah erti sebenar perkahwinan itu? perkahwinan atau nikah menurut bahasa iailah berkumpul dan bercampur. menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. perkahwinan juga ada disebut di dalam Al-Quran dalam:
-Surah An-Nisaa'
-Surah An-Nuur
-Surah An- Nahl
-Surah Yassin
-Surah Ar-Rum
-Surah Adz-Dzariyaat
-Surah Luqman
-Surah Qaf
-Surah Asy-Syu'araa
hampir tiap minggu ada je orang buat majlis perkahwinan. lagi2 bile cuti umum kan? cousin aku baru je lepas sanding. kawan aku pulak 16/6 nikah buat majlis. tak dapat nak pergi. huhuhu apapun selamat pengantin baru. moga bahagia ke anak cucu. moga rumahtangga sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT.
aku bila lah kan? walaupun si dia nak sgt2 tapi, sungguh! aku belum bersedia. kenapa???
- aku belum habis belajar lagi
- aku belum dapat ijazah aku lagi
- aku x dapat kerjaya yang aku impikan lagi
- aku belum bahagiakan mak abah aku lagi
- aku belum buat diri aku bahagia sepenuhnya
kalau aku tak boleh bahagiakan diri aku sendiri, macam mana aku nak bahagiakan pasangan aku, family pasangan aku? how? mungkin sesetengah orang kahwin muda atas restu keluarga sepenuhnya. kalau aku? aku dapat kew? i don't think so. aku masih banyak lagi tanggungjawab yang aku kena pikul. semua orang bergantung kat aku. aku kena bahagiakan mereka semua sebelum aku bahagiakan diri aku sendiri. itu janji aku sebelum aku melangkah ke IPTA.
as u know, aku bukanlah gadis yang hidup dilimpahi dengan kemewahan. namun, rezeki yang Allah SWT bagi cukup buat aku dan family hidup dalam suasana kesederhanaan. aku bukan insan yang tak bersyukur & tamak dengan rezeki yang Allah SWT bagi. aku cuma nak perbaiki kehidupan family aku. aku mahu kesederhanaan itu ditambah dengan rasa senang. sememangnya wang bukan titik tolak ke arah kebahagiaan, namun kita memerlukan wang untuk menyambung kehidupan. semua kena wang. masuk tandas pun dah kena bayar RM 0.30. huhuhu
entahlah, aku sebenarnya takut nak jadi wife lagi. memang tidak dinafikan lagi, ramai dah kawan-kawan aku dah dirikan rumahtangga, bahagia je mereka siap dah ada baby lagi. bukan tak nak cuma belum bersedia. buat si dia, bukan niat tak nak terima, kalau dah berkeras sangat2 pergi jumpa mak abah bincang sendiri. keputusan mak abah keputusan saya juga. harap si dia faham. wasalam..
Subscribe to:
Posts (Atom)